Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengumumkan bahawa Takwim Persekolahan 2023/2024 akan bermula pada 19 Mac 2023 hingga 9 Mac 2024 bagi sekolah – sekolah dalam Kumpulan A, dengan sekolah – sekolah dalam Kumpulan B pula bersekolah dari 20 Mac 2023 hingga 10 Mac 2023.
Sekolah Kumpulan A adalah sekolah – sekolah di Johor, kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala sekolah di negeri dan wilayah lain berada dalam Kumpulan B.
Menurut kenyataan media KPM, pihak kementerian telah membuat keputusan menangguhkan tarikh pembukaan asal kepada tarikh lebih lewat bagi memastikan pengoperasian Sijol Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 dapat dilaksanakan dengan lebih baik.
Perubahan takwin itu walaubagaimanapun masih mengikut peraturan kerana ianya memenuhi Peraturan – Peraturan Pendidikan (Penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 1998 (Pindaan) 2021 yang menetapkan jumlah cuti tidak harus kurang 190 hari.
Mengekalkan Takwin Persekolahan 2023/2024
KPM juga menyatakan bahawa kementerian buat masa ini akan mengekalkan sesi akademik yang bermula pada bulan Mac walaupun hadir permintaan untuk mengembalikannya kepada Januari.
Kementerian menyatakan bahawa ini dilaksanakan selepas mempertimbangkan kesannya kepada guru, pelajar, ekonomi negara serta impaknya terhadap pelaksanaan SPM.
Siaran media Kalendar Akademik 2023/24
Anda boleh membaca siaran media berkenaan Kalendar Akademik 2023/24 di dalam imej dibawah.
Takwin Persekolahan 2023/24
Takwin persekolahan bagi sesi 2023/2024 boleh dilihat pada imej dibawah.
Anda juga boleh memuat turun takwin persekolahan 2023/24 di pautan yang diberi dibawah.








Comments are closed.