Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan memperluaskan Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) pada tahun hadapan selepas program tersebut dilihat berjaya pada fasa perintisnya tahun ini.
Menurut laporan BERNAMA, perluasan SULUNG akan melibatkan semua 20 universiti awam (UA), dengan sasaran 200 pelajar.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, dipetik BERNAMA sebagai berkata pengambilan fasa pertama program berkenaan baru sahaja bermula pada bulan ini dimana ianya melibatkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Pada fasa perintis ini, 76 orang pelajar telah dipilih dan ditawarkan sebagai Siswa SULUNG.
Program SULUNG bertujuan membantu anak sulung dalam keluarga B40 melanjutkan pengajian ke universiti.
Pelajar terpilih diberi laluan khusus ke universiti awam, ditawarkan biasiswa, elaun bulanan, asrama dan pementoran sehingga pelajar mendapat pekerjaan.
Lagi tentang Program SULUNG
Jika anda mahukan lebih banyak maklumat berkaitan Program SULUNG, anda boleh membaca pautan – pautan dibawah.
- Dapatkan maklumat berkenaan Program SULUNG
- Baca lebih banyak artikel berkenaan Program SULUNG
- Beli bahan pembelajaran untuk ke Universiti
Tentang PendidikanMalaysia.my
PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.
Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini. Dapatkan juga buku rujukan Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di sini.

