25.5 C
Kuala Lumpur
Rabu, Februari 19, 2025

FB

Lawatan sekolah ke Pusat Sains dan Planetarium kini percuma

- Advertisement -

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengumumkan bahawa sebarang lawatan sekolah ke Pusat Sains dan Planetarium negara adalah percuma.

Menurut perkongsian ringkas KPM di media sosialnya, langkah tersebut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang mana menyambut baik inisiatif KPM menggalakkan lawatan berunsur pendidikan.

Sebagai tanda sokongan, MOSTI bertindak menawarkan tiket percuma bagi lawatan rasmi murid sekolah ke Pusat Sains Negara di Kuala Lumpur dan di Alor Star, Kedah serta Planetarium Negara.

Perkongsian KPM turut menjelaskan bahawa pemberian tiket percuma itu adalah bagi menggalakkan minat murid terhadap Sains, Teknologi, kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Sebagai rujukan, harga masuk ke Planetarium negara adalah di antara RM4 – RM24, manakala kos seorang untuk memasuki Pusat Sains Negara mencapai RM18.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!