Zepp Health Corporation (Zepp), pakar peneraju dalam teknologi kesihatan dan boleh pakai pintar, telah secara rasmi melancarkan siri jam tangan pintar terbaharu, Amazfit Cheetah, khas untuk pengguna di Malaysia.
Siri Amazfit Cheetah ini direka khusus untuk pelari, dan ianya dibangunkan dengan industri yang menerajui sistem GPS, sekaligus membuatkan jam pintar ini memberi ketepatan kedudukan sangat tepat di dalam bacaannya.
Menurut syarikat pengeluar jam ini, Siri Amazfit Cheetah hadir dengan ciri seperti GPS Max Track™ dan Zepp Coach™ yang dikuasakan dengan kepintaran maya. Ini membolehkan penggunanya mendapat jadual latihan yang diperibadikan khas berdasarkan prestasi dan keadaan pengguna jam.
Selain daripada itu, jam dengan berat hanya 34g ini juga hadir dengan paparan 40mm AMOLED HD 1,000 nits, dengan ketahanan bateri sehingga 14 hari.
Ini dilengkapkan dengan peta luar talian, lebih 100 muka jam, ketahanan kalis air sehingga 5ATM, 150+ mod sukan danbanyak lagi.
Jam ini hadir dalam dua varian, yakni varian biasa yang hanya diberi nama Amazfit Cheetah,yang mempunyai rangka yang diperbuat daripada polimer bertetulang gentian, dan varian Pro, yang hadir dengan rangka badan yang diperbuat dari aloi titanium premium.
Amazfit Cheetah didatangkan dengan tali jam silicon cecair Speedster, dan boleh diperolehi di Shopee dari 5 Julai 2023 pada harga RM999.
Ianya kemudiannya boleh diperolehi di semua platform lain dari 7 Julai 2023 keatas.
Bagi yang membeli sebelum 7 Julai, anda juga berpeluang memperolehi Power Bank Xiaomi 10,000mAh secara percuma.