25 C
Kuala Lumpur
Rabu, Disember 6, 2023

FB

Lokar antara pendekatan untuk tangani masalah beg berat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) menggariskan tujuh pendekatan dan ketetapan bagi menangani isu beg berat yang dihadapi murid di sekolah rendah.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, ia membabitkan penyediaan lokar di sekolah rendah, penyusunan semula jadual waktu, bilangan buku latihan, penggunaan buku aktiviti dan kerja, pengenalan buku teks digital, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP), serta kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Radzi berkata, kemudahan lokar itu membabitkan 10,662 kelas di sekolah rendah dua sesi di seluruh negara sebagai satu penyelesaian menangani isu beg berat.

Beliau berkata, bagi fasa pertama ia akan melibatkan penyediaan lokar untuk murid Tahap 1, iaitu Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 di sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi.

Katanya, bagi Fasa kedua pula, beliau berkata penyediaan lokar akan diperluaskan kepada murid Tahap 2, iaitu Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 di sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi.

BACA BERITA PENUH DI RTM

Tentang PendidikanMalaysia.my

PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.

Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini.

Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber untuk guru, pelajar dan ibu bapa di Malaysia yang dibangunkan untuk memudahkan perkongsian bahan dan juga maklumat berkaitan sistem pendidikan Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!