33.8 C
Kuala Lumpur
Jumaat, Disember 6, 2024

FB

KPM kaji punca guru bersara awal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang meneliti punca guru bersara awal dan penjelasan mengenai isu berbangkit akan dijelaskan dalam masa terdekat.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Jidin, berkata berdasarkan data KPM, maklumat berhubung pola guru bersara awal antara 2017 sehingga 2022 hampir sama.

Justeru, katanya KPM akan menentukan apakah pendekatan yang paling sesuai bagi menangani isu guru bersara awal.

“KPM melihat trend guru bersara awal sama sejak 2017 dan bukan naik mendadak kebelakangan ini.

“Namun KPM akan meneliti pendekatan yang lebih sesuai untuk memastikan isu guru bersara awal dapat diselesaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Generasi Penamat Anti Rokok 18 (GEGAR-18), di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putra, di Bangi, hari ini.

BACA BERITA PENUH DI BHARIAN

Tentang PendidikanMalaysia.my

PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.

Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini.

Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!