26 C
Kuala Lumpur
Ahad, Januari 26, 2025

FB

Menteri Kanan Pendidikan yakin kekurangan guru akan diatasi

- Advertisement -

Pengambilan 18,000 guru secara one-off diyakini dapat menyelesaikan masalah kekurangan guru yang telah berlanjutan sekian lama.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md Jidin memberitahu, pengambilan itu juga akan mengisi kekosongan terkini guru di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menurutnya, berdasarkan data setakat 19 September lalu, terdapat 21,564 kekosongan guru di sekolah KPM di seluruh negara.

“Dengan mengambil kira pengambilan guru secara one-off tersebut, bagi kekosongan 2,862 lagi akan diisi melalui proses lantikan biasa secara berterusan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pengurusan (SPP),” katanya semasa waktu pertanyaan-pertanyaan menteri bagi jawab lisan di sidang Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Sabri Azit (Pas-Jerai) yang meminta beliau menyatakan kriteria utama pemilihan 18,000 guru dan keperluan sebenar kekurangan guru di seluruh negara.

Mengulas lanjut, Mohd Radzi berkata, urusan pengambilan guru atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara one-off bagi 2021 adalah di bawah bidang kuasa SPP selaku pihak berkuasa melantik.

BACA BERITA PENUH DI AWANI

Tentang PendidikanMalaysia.my

PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.

Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini.

Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

2 COMMENTS

Comments are closed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!