Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) telah memohon supaya Kementerian Pendidikan (KPM) menawarkan semula jawatan guru sandaran.
Menurut laporan BERNAMA, cadangan itu adalah untuk menampung isu kekurangan guru khususnyadi Sabah dan Sarawak.
Setiausaha Agung NUTP, Fouzi Singon, dipetik BERNAMA sebagai berkata bahawa kajian NUTP menunjukkan kekurangan guru berpunca daripada pertambahan sekolah baharu, pertambahan murid dan kelas, persaraan awal dan wajib serta faktor kesihatan guru.
Dalam perkembangan sama, Fouzi juga menyatakan bahawa masalah kekurangan guru di Sabah dan Sarawak adalah disebabkan dasar hanya 10 peratus kuota guru dari Semenanjung yang boleh ditempatkan di wilayah berkenaan.
- BACA sumber berita: BH
- BELI baju kerja guru
- BACA berita lain berkaitan NUTP