Kamera memainkan peranan penting sebagai bukti apabila anda memandu , dan oleh yang demikian, di sini saya buatkan ulasan 70mai Dash Cam A400 dan Rear Camera Set.
Dibawah ini adalah spesifikasi 70mai Dash Cam A400 dan Rear Camera Set.
70mai Dash Cam A400
-
- Resolusi skrin: 2360 x 1440
- Lensa: FOV 145 darjah / F2.0
- Kuasa: Bateri 500mAh yang disambung dengan micro USB kepada punca kuasa kereta
- Capaian tanpa wayar: WiFi IEEE 802.11 b/g/n 2.4Ghz
70mai RC09 Rear Camera
-
- Resolusi skrin: 1920 x 1080
- Lensa: FOV 145 darjah / F2.0
- Kuasa: Mendapat kuasa dari unit A400
Kelebihan 70mai Dash Cam A400 dan Rear Camera Set
Jika diperhatikan, pasangan kedua – dua kamera ini adalah standard baharu bagi kamera dash cam pada masa kini.
Ini adalah kerana ianya menyediakan asas bagi sebuah kamera dash cam dan hadir dalam bentuk yang saya boleh katakan menarik dan seperti memang datang siap dipasang dengan kereta.
Di bawah ini adalah kelebihan – kelebihan set dash cam ini.
- Kelihatan menarik – Dash cam A400 hadir dalam satu bentuk segiempat yang kelihatan kuat dan sepadan dengan ianya ditampat di cermin hadapan kereta. Bagi kamera RC09 pula, ianya cukup kecil dan tidak kelihatan janggal apabila dipasang pada cermin belakang kereta.
- Ada pilihan warna – Terdapat tiga warna untuk dipilih yakni merah, putih dan hitam. Dashcam jarang ada pilihan warna dengan kebanyakan dash cam cuma hadir dalam warna hitam.
- Mudah dipasang – Pemasangan dash cam ini pada amnya mudah dan akan kelihatan kemas jika anda berani membuka penutup kereta di bahagian tepi dan atas.
- Lensa mudah diselaraskan – Apabila dilekatkan di cermin, kedudukan kedua kamera depan dan belakang sukar diubah, namun lensa kedua – dua kamera boleh dipusing bagi memastikan rakaman adalah seperti yang anda kehendaki.
- App sering dikemaskini – Apps 70mai adalah antara apps untuk dash cam yang paling kerap dikemaskini agar selaras dengan peredaran perisian semasa. Ini adalah baik kerana ianya akan mengurangkan kes ‘crash’ ketika ingin menggunakan apps tersebut.
- App mudah digunakan – Selain itu, apps 70mai juga mudah digunakan dan proses menyeragamkan kamera dan apps adalah cepat dan senang.
- Harga mampu milik – Berbanding dash cam berjenama di luar sana, harga set kamera ini adalah murah, khususnya apabila anda mempertimbangkan hakikat ianya datang dengan kamera depan dan belakang
- Navigasi mudah – Dash cam ini senang digunakan dan navigasinya juga mudah. Ini adalah kerana butang – butang yang ada dilabel dengan baik.
- Rakaman terang – Rakaman untuk 70mai Dash Cam A400 adalah jelas dan terang biarpun pada waktu malam. (Lihat kualiti rakaman: RAKAMAN BELAKANG | RAKAMAN DEPAN)
Masalah 70mai Dash Cam A400 dan Rear Camera Set
Bagi dash cam mampu milik, tidak banyak keburukan yang boleh diperkatakan mengenai kedua – dua kamera yang dibekalkan 70mai ini.
Sungguhpun demikian, jika diberi peluang, ini adalah beberapa perkara yang mungkin boleh diperbaiki.
- Saiz – Saiz kamera ini agak besar dan ianya sememangnya kelihatan apabila dipasangkan pada kereta. Jika saiznya dapat dikecilkan, ianya akan lebih menarik.
- Ketiadaan ‘parking surveillance’ – Satu kekurangan paling besar set kamera ini adalah ketiadaan pemantauan semasa meletak kenderaan, atau ‘parking surveillance’. Fungsi ini mampu merakan kejadian semasa kereta dalam keadaan parkir, sekaligus memudahkan anda mengesah jika ada perilaku kurang baik terhadap kereta ketika ianya ditinggalkan.
- Cara melekatkan – Speaker hanya terletak di bahagian bawah telefon dan ini sedikit menggangu pengalaman ketika menonton video atau gaming.
- Tiada GPS – Pada era ini, GPS memainkan peranan penting dalam membolehkan anda mengesan kenderaan anda, ataupun membolehkan anda menggunakan fungsi seperti lane change, dan sebagainya.
- Micro USB – Pada masa kini, penggunaan USB-C adalah semakin meluas dan dash cam ini masih lagi menggunakan capaian kabel micro USB yang bagi saya adalah agak lama.
Harga dan tempat membeli
Jika anda mahu memberli set dash cam 70mai ini, anda boleh membelinya secara dalam talian di pautan dibawah dengan harga bermula RM239.
Kesimpulan
Secara amnya, jika anda mencari dash cam yang tidak terlalu mahal tetapi memiliki kualiti yang baik, 70mai Dash Cam A400 memenuhi permintaan itu.
Ianya walaubagaimanapun tidaklah secantik model – model lebih mahal, dan juga tidak mempunyaib GPS yang boleh mengaktifkan fungsi khas seperti ‘lane assist’ atau fungsi yang jauh lebih canggih.
Biarpun demikian, dengan kualiti rakaman yang baik, khususnya pada waktu siang, saya rasakan 70mai Dash Cam A400 ini merupakan satu permbelian yang berbaloi.





