27.3 C
Kuala Lumpur
Selasa, Disember 5, 2023

FB

Pelajar tidak divaksin mungkin tidak akan dibenarkan ke sekolah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pelajar tidak divaksin, atau pelajar yang tidak mendapat kebenaran ibu bapa untuk menerima suntikan vaksin COVID-19, mungkin tidak dapat menjalani sesi persekolahan 2022 secara bersemuka.

Itu antara perkara yang sedang diteliti Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan bagi menilai langkah yang sesuai untuk pelajar sekolah yang enggan atau tidak mendapat kebenaran ibu bapa untuk menerima vaksin berkenaan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata buat masa ini, pihak sekolah akan berusaha memujuk ibu bapa dan pelajar yang menolak vaksin agar bilangan pelajar tidak divaksin dapat dikurangkan kelak.

“Ini sama seperti isu membabitkan 2,500 guru yang enggan menerima vaksin COVID-19 dan tidak dibenarkan melaksanakan pengajaran secara bersemuka.

“Bagaimanapun, perkara ini masih di peringkat perbincangan. Kita akan mencari penyelesaian terbaik supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dalam keadaan selamat,” katanya kepada BH.

Semalam, Dr Noor Azmi dilaporkan berkata, program vaksinasi terhadap kumpulan remaja berusia 12 tahun hingga 17 tahun di negara ini, khususnya pelajar sekolah, akan bermula Isnin ini.

BACA BERITA PENUH DI BHARIAN

Tentang PendidikanMalaysia.my

PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.

Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini.

Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber untuk guru, pelajar dan ibu bapa di Malaysia yang dibangunkan untuk memudahkan perkongsian bahan dan juga maklumat berkaitan sistem pendidikan Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!