30.8 C
Kuala Lumpur
Khamis, September 23, 2021

FB

Ulasan: Laptop HP-14S FQ0077AU

Saya menerima laptop HP-14S FQ0077AU untuk diuji baru – baru ini dan saya ianya adalah satu laptop yang sesuai untuk Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Jika anda masih mencari laptop, anda boleh membaca panduan membeli laptop dahulu.

Laptop ini dikategorikan laptop berkekuatan sederhana dan berdasarkan spesifikasi, ianya dirasakan cukup sempurna untuk digunakan sebagai laptop untuk seseorang guru mahupun pelajar.

Saya katakan begini kerana berdasarkan kepada spesifikasi utama komputer jenama HP yang saya senaraikan dibawah, saya boleh menyimpulkan bahawa ini komputer riba ini mempunyai RAM asas untuk membuat kerja pejabat serta melaksanakan Google Meet,

  • Saiz skrin: 14″, FHD (1920 x 1080), IPS
  • Processor: AMD Ryzen™ 5 4600HS
  • RAM: 8GB DDR4-2666 SDRAM
  • Storage: 512GB PCIe® NVMe™ M.2 SSD
  • GPU: AMD Radeon™ Graphics
  • OS: Windows 10 Home
  • Berat : 1.47kg
  • Saiz: 32.4 x 22.5 x 1.79 cm

Untuk makluman, laptop ini juga hadir dalam processor dan GPU yang berbeza yang mana akan dijual pada harga berlainan.

Kelebihan laptop HP-14S FQ0077AU

Seperti biasa, di sini saya akan melihat kepada kelebihan komputer jenama HP ini dahulu.

Dibawah ini adalah kelebihan utama laptop ini.

  • Ringan – Dengan berat 1.47kg, laptop ini adalah ringan dan ini akan menyenangkan anda membawanya ke mana – mana.
  • RAM – 8GB RAM adalah memadai untuk komputer bagi PdPR. Dalam kategori harga bawah RM3,000, mendapat RAM 8GB adalah boleh dianggap baik kerana kebanyakan komputer dalam bajet ini hadir dengan hanya 4GB RAM.
  • AMD Ryzen 5 – AMD Ryzen 5 telah acap kali dibuktikan mempunyai kelebihan jika dibandingkan dengan Intel Core i5, dan dengan harga yang lebih kompetitif, ianya sememangnya satu kebaikan tambahan. Walaupun laptop ini tidak menggunakan processor Ryzen yang terkini, ianya tetap lebih baik berbanding Intel Core i3 atau Ryzen 3 yang terkini.
  • Ketahanan bateri – HP menyatakan batteri laptop ini boleh bertahan sekurang – kurang 9 jam untuk menonton video. Hasil ujian kami menggunakan laptop ini secara biasa menunjukkan bateri laptop ini mampu bertahan untuk lebih kurang 8 jam. Ini berita yang cukup baik untuk sesiapa yang tidak suka membawakabel dan pengecas laptop ini ke hulu dan ke hilir.
  • Storan SSD – Laptop ini hadir dengan teknologi SSD bagi ruang storan. Ianya berkapasiti 512GB dan merupakan kapasiti yang memadai. Storan SSD ini bukanlan yang terkini namun ianya masih cukup laju dan lebih baik daripada storan jenis HDD.
  • MS Office 365 percuma – Laptop ini hadir dengan perisian Microsoft Office 365 percuma. Biarpun ianya adalah versi pelajar (student), ianya lebih baik daripada tidak memiliki perisian tersebut.

Kekurangan laptop HP-14S FQ0077AU

Setiap perkara mempunyai kekurangan tersendiri dan di sini saya nyatakan apa yang saya kurang gemar berkenaan laptop ini.

  • Binaan & Badan – Walaupun badan laptop ini nampak kemas, namun saya tidak berapa menyukai binaanya yang saya rasakan seperti plastik murah. Di penjuru laptop ini jelas kelihatan sambunagn antara dua plastik dan saya rasakan ini kurang menarik.
  • Papan kekunci – Papan kekunci laptop ini bagi saya terlalu lembut. Feel apabila menaip itu kurang kerana bunyi yang dihasilkan papan kekunci hampir tidak ada.  Sungguhpun demikian, bagi mereka yang sukakan papan kekunci yang tidak mengeluarkan bunyi, ianya mungkin sesuai untuk anda.
  • Lokasi portLaptop ini mempunya dua USB port dan ianya terletak bersebelahan satu sama lain. Jika thumbdrive anda mempunyai saiz yang pelbagai, ianya mungkin tak dapat digunakan bersama. Satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan membeli USB Hub, tetapi itu akan menambahkan kos kepada anda. Dua USB Port juga tidak mencukupi pada hemat saya.

Harga dan tempat pembelian

Laptop HP 14s ini dijual pada harga RM2,999 di kedai komputer.

Ianya boleh didapti dengan lebih murah di Lazada dan Shopee (sekitar RM2,800).

Laptop ini hadir dalam pelbagai variasi jadi jika anda ingin membelinya, pastikan ianya mempunyai variasi sekurang – kurang Ryzen 5 / Intel Core i5.

Terdapat juga variasi Intel i3 yang lebih murah, tetapi di sini saya cuma mengulas variasi Ryzen 5 kerana inilah unit yang saya perolehi untuk pengujian.  Sekadar mekluman, variasi Intel Core-i3 adalah kurang berkuasa berbanding variasi Ryzen 5 ini.

BELI LAPTOP HP-FQ0077AU : LAZADA | SHOPEE

Kesimpulan

Laptop HP-14S FQ0077AU memadai bagi kerja – kerja pengkeranian dan PdPR. Ianya juga boleh menyokong game biasa dan pembuatan video dan pengeditan gambar pada taraf biasa walaupun processornya bukanlah AMD Ryzen 5 yang terkini.

Yang mengecewakan bagi saya adalah rupa dan binaannya, tetapi di sebalik itu, laptop ini mampu melaksanakan tugas – tugas berkapasiti sederhana yang diberikan tanpa masalah.

Harganya juga bagi saya murah jika dibandingkan dengan laptop lain yang mempunyai spesifikasi yang sama, sekaligus meletakkan laptop ini sebagai laptop mampu milik yang mempunyai spesifikasi melebihi laptop asas.

Tentang PendidikanMalaysia.my

PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.

Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini.

Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber untuk guru, pelajar dan ibu bapa di Malaysia yang dibangunkan untuk memudahkan perkongsian bahan dan juga maklumat berkaitan sistem pendidikan Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

246FansLike
66FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -