Pendaftaran bagi calon persendirian untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 dilanjutkan sehingga 6PM, 30 Jun 2023.
Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), lanjutan ini memberi peluang kepada hampir 30,000 calon SPM yang tidak menghadiri peperiksaan itu pada 2022 untuk mendaftarkan diri, dan seterusnya mengambil peperiksaan itu kelak.
Untuk makluman, pendaftaran peperiksaan tahun 2023 dilaksanakan secara dalam talian melalui aplikasi Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian (SPPAT) di pautan sppat.moe.gov.my.
Calon perlu mematuhi syarat-syarat pendaftaran yang telah ditetapkan serta perlu membuat bayaran asas dan bayaran mata pelajaran yang hendak didaftarkan.
Sungguhpun demikian, permohonan pendaftaran peperiksaan bagi calon lepasan SPM Tahun 2022 adalah dikecualikan daripada fi bayaran lewat daftar.
Pendaftaran peperiksaan bagi calon persendirian, selain calon lepasan SPM Tahun 2022 adalah tertakluk kepada syarat-syarat pendaftaran sedia ada.
Maklumat lanjut berkaitan pendaftaran peperiksaan SPM Tahun 2023 bagi calon persendirian boleh diperoleh daripada laman sesawang LP di pautan lp.moe.gov.my.
- BELI buku rujukan SPM
- BELI kertas soalan SPM
- LIHAT lebih banyak artikel berkaitan SPM 2023
- Lihat sumber berita: KPM