25 C
Kuala Lumpur
Rabu, Disember 6, 2023

FB

Pengetua dan pengurusan sekolah kini boleh pilih pelajar T6

- Advertisement -

Pengetua dan pihak pengurusan sekolah akan mempunyai autonomi untuk memilih pelajar bagi Tingkatan 6 mulai serta merta.

Menurut laporan Sinar Bestari, sesi kemasukan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke Tingkatan Enam pada 17 Julai lepas merupakan pengambilan terakhir kendalian Kementerian Pendidikan (KPM).

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek sebelum ini telah mengumumkan kementerian memberi kuasa autonomi kepada pengetua Pusat Tingkatan Enam untuk menjalankan proses pengambilan pelajar bagi membolehkan pengetua membuat tawaran terus kepada pelajar berpotensi yang memerlukan peluang menyambung pengajian.

Laporan Harian Metro dalam pada itu turut menyatakan bahawa pemberian autonomi pengambilan kepada Pengetua sekolah akan memberi akses lebih luas kepada Program Tingkatan 6 di sekolah.

Ini akan secara tidak langsung mengurangkan masa menunggu bagi pelajar yang sudah tahu mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat tersebut.

Laporan sama menyebut bahawa KPM kini dalam proses menyiapkan garis panduan pengambilan pelajar kepada Pengetua Pusat Tingkatan Enam dengan garis panduan tersebut dijangka akan siap pada Ogos 2023.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber untuk guru, pelajar dan ibu bapa di Malaysia yang dibangunkan untuk memudahkan perkongsian bahan dan juga maklumat berkaitan sistem pendidikan Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!