25.3 C
Kuala Lumpur
Rabu, Januari 22, 2025

FB

Bantuan Khas Penghargaan 2023 dibayar 10 Ogos ini

- Advertisement -

Jabatan perkhidmatan Awam (JPA) telah mengumumkan bahawa bantuan Khas Penghargaan 2023 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini akan dibayar pada 10 Ogos 2023.

Menusut surat makluman  dan juga poster yang dikongsikan jabatan tersebut, semua Penjawat Awam Gred 56 dan kebawah, termasuk pegawai atau kakitangan lantikan kontrak, akan menerima RM300 pada tarikh tersebut.

Sementara itu, pesara Kerajaan, yang termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara KWSP, pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen, akan menerima RM200 pada tarikh sama.

Pada 27 Julai lalu, Anwar telah mengumumkan Bantuan Khas Penghargaan bagi tahun 2023, yang mana diberitakan akan membawa manfaat kepada 1.3 juta penjawat awam dan lebih sejuta pesara di seluruh negara.

Beliau juga memberi jaminan bahawa pelarasan gaji sedang dalam perincian Kerajaan Malaysia.

Sebelum ini, Anwar juga telah memberi bayangan bahawa beliau bakal memperkenalkan imbuhan baharu kepada penjawat awam, termasuk guru.

  • BACA sumber berita: JPA
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

8 COMMENTS

Comments are closed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!