26.5 C
Kuala Lumpur
Jumaat, September 13, 2024

FB

Perdana Menteri bakal umum imbuhan baru untuk penjawat awam

- Advertisement -

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberitakan bakal mengumumkan beberapa imbuhan tetap dan mungkin skim gaji baru bagi penjawat awam dalam masa terdekat.

Menurut laporan akhbar TheStar, imbuhan tersebut akan diumumkan dalam masa seminggu dua, dan ianya turut akan membabitkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, atau guru.

Laporan MalaysiaNow memetik perdana menteri sebagai turut mengatakan bahawa ganjaran munasabah dan adil akan diberikan kepada penjawat awam di negara ini berikutan tiada kenaikan dalam tempoh yang agak lama.

Anwar dipetik akhbar tersebut sebagai berkata pelarasan skim gaji guru dan penjawat awam yang lain adalah bagi mengurangkan jurang perbezaan skim gaji

Anwar, yang juga Menteri Kewangan dijangka akan mempengerusikan mesyuarat pengurusan skim pelarasan gaji pada minggu hadapan.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!