29.3 C
Kuala Lumpur
Isnin, Mei 20, 2024

FB

Permohonan Matrikulasi, Ijazah Perguruan dan Pelajar Cemerlang 2021 dibuka 15 Mac ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Permohonan bagi mengikuti Program Matrikulasi, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) serta Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) ke luar negara bagi pengambilan 2021, akan dibuka mulai 15 Mac hingga 15 April ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 boleh mengemukakan permohonan terus kepada kementerian itu tanpa melalui UPUOnline.

Menurut KPM, permohonana untuk tempat di ketiga – tiga tempat tersebut adalah percuma.

“Pelajar lepasan SPM 2020 yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui iklan yang akan disiarkan di laman sesawang rasmi KPM, www.moe.gov.my pada 8 Mac ini.

“Justeru, KPM mempelawa semua pelajar lepasan SPM 2020 yang memenuhi syarat untuk memohon Program Matrikulasi, PISMP dan PPC,” katanya.

Tentang PendidikanMalaysia.my

PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.

Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini.

Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email he***@pe****************.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.

SourceKPM
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!