24.4 C
Kuala Lumpur
Rabu, Februari 19, 2025

FB

231 sekolah rendah dibenarkan beroperasi di Sarawak

- Advertisement -

KUCHING: Kerajaan Sarawak akhirnya membenarkan 231 sekolah rendah beroperasi secara bersemuka mulai minggu hadapan.

Pembukaan sekolah tersebut telah tertunda seminggu selepas Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) bmemutuskan bahawa sekolah – sekolah di zon merah akan terus ditutup ekoran penularan Covid-19.

Pembukaan semula 231 sekolah itu bermaksud 1,045 sekolah rendah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan akan dibenarkan beroperasi secara bersemuka mulai Isnin, 8 Mac 2021.

“Keputusan ini diambil setelah penilaian risiko dibuat dan memenuhi Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah dalam Norma Baharu 2.0 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia,” kata JPBNS menerusi satu kenyataan, hari ini.

220 sekolah rendah di kawasan berisiko tinggi penularan COVID-19 walaubagaimanapun belum dibenarkan beroperasi sehingga 14 Mac kelak.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!