29.7 C
Kuala Lumpur
Jumaat, Januari 24, 2025

FB

Piring khas beri kesedaran Thalassaemia di SMK Matang Jaya

- Advertisement -

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang Jaya, Kuching telah membuat sebuah ‘Piring khas kempen Thalasaemia’ bagi mempergiatkan lagi Kempen kesedaran Thalassaemia di sekolah dan sekitar Matang Jaya, Kuching.

Piring tersebut telah dilancarkan oleh Pengetua sekolah, Cikgu Anita Hasbi, sempena pelancaran kempen kesedaran penyakit genetik tersebut pada bulan Julai lepas dengan disaksikan lebih 1,500 pelajar dan guru sekolah berkenaan.

Selepas pelancaran kempen tersebut, jawatankuasa program kesedaran sekolah berkenaan telah bertindak memperluaskan kesedaran penyakit Thalassaemia kepada semua pelajar, ibu bapa, dan masyarat sekitar Matang Jaya.

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah Program Jom Kayuh, Pertandingan Kuiz Thalassaemia, Pertandingan video kesedaran Thalassaemia, pertandingan melukis poster, pertandingan kesedaran Thalassaemia di media sosial, ceramah Thalassaemia, saringan penyakit Thalassaemia dan banyak lagi.

Program Jom Kayuh yang telah diadakan pada Ogos lalu khususnya telah juga melibatkan penduduk sekitar SMK Matang Jaya dimana guru, pelajar dan orang awam telah sama – sama mengayuh basikal dan mengedarkan risalah kepada penduduk setempat untuk mempergiatkan lagi aktiviti kesedaran berkenaan penyakit genetik ini.

Selain pihak sekolah, agensi luar juga turut sama membantu dalam menjayakan kempen NOWYOUSEEME 3.0 di SMK Matang Jaya.

Agensi tersebut adalah Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan, Unit Pasukan Kesihatan Sekolah Klinik Kesihatan Petra Jaya, Bank Rakyat Cawangan Matang Jaya dan Koperasi SMK Matang Jaya Berhad.

Menurut Cikgu Anita, program seumpamanya sememangnya membawa manfaat kepada pelajar sekolah berkenaan, dan beliau amat berterima kasih dengan sokongan pada yang telah ditunjukkan oleh warga sekolah serta agensi-agensi luar terhadap menjayakan program tersebut.

“Program sebegini sememangnya amat kami galakkan kerana ianya bukan sahaja impak positif kepada pelajar kami, tetapi juga menyebarkan kesedaran dan fakta penting berkenaan penyakit Thalassaemia di kalangan warga sekolah dan penduduk setempat.

“Kami juga amat berterima kasih kepada semua agensi yang telah sama-sama membantu kami dalam menjayakan program ini dan berharap kerjasama seperti ini tidak akan berakhir begitu saja.” jelas Puan Anita.

Untuk makluman, SMK Matang Jaya telah dipilih sebagai satu daripada 70 sekolah di seluruh negara, dan merupakan satu dari enam buah sekolah dari Sarawak, untuk mengikuti dan seterusnya menjalankan Kempen Kesedaran Thalassaemia Peringkat Kebangsaan yang diberi nama NOWYOUSEEME 3.0.

Kempen peringkat kebangsaan ini dijangka akan tamat pada pertengahan bulan Oktober ini.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!