25.5 C
Kuala Lumpur
Selasa, November 29, 2022

FB

Pkharuddin Ghazali Ketua Pengarah KPM baharu

- Advertisement -

Datuk Pkharuddin Ghazali telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) yang baharu berkuat kuasa pada 23 September 2022.

Beliau merupakan KPPM yang ke-19 dan berumur 59 tahun.

Pkharuddin berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) pengkhususan dalam bidang Geografi dari Universiti Malaya dan beliau memulakan perkhidmatan dalam dunia pendidikan pada 1 Ogos 1989 sebagai guru di Sekolah Menengah King George V, Seremban, Negeri Sembilan.

Beliau telah berkhidmat selama 33 tahun dalam bidang pendidikan dan pernah memegang jawatan Penolong Pengarah Sektor Penilaian dan Peperiksaan di Lembaga Peperiksaan, Pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan, Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Ketua Sektor Jaminan Kualiti, Timbalan Pengarah serta Pengarah di Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Pengarah Peperiksaan di Lembaga Peperiksaan dan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum).

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber untuk guru, pelajar dan ibu bapa di Malaysia yang dibangunkan untuk memudahkan perkongsian bahan dan juga maklumat berkaitan sistem pendidikan Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -