Premier Tan Sri Abang Johari Openg telah dipetik sebagai berkata bahawa beliau mempunyai aspirasi untuk Sarawakmenwarkan pendidikan tinggi percuma kepada semua pelajar Sarawak menjelang tahun 2030.
Menurut akhbar Malay Mail, beliau berkata perkara itu dapat dilaksanakan sekiranya dana kerajaan Sarawak diuruskan dengan betul, dengan dana kerajaan Sarawak bertambah.
Tambah Abang Johari, duit untuk pendidikan percuma itu akan diperolehi daripada dana pelaburan Sarawak yang telah dicadangkan oleh beliau dalam sidang Dwean Undangan Negeri pada November lalu.
Buat masa Sarawak, kerajaan Sarawak hanya menawarkan biasiswa dan juga pinjaman melalui Kerajaan Sarawak, Yayasan Sarawak dan GLC kerajaan Sarawak.
Sungguhpun demikian, Sarawak kini juga menjadi tapak kepada beberapa institusi pendidikan tinggi seperti Swinburne Universiti, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Teknologi Sarawak, Centex Sarawak dan banyak lagi.
Tentang PendidikanMalaysia.my
PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.
Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini. Dapatkan juga buku rujukan Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di sini.