25.4 C
Kuala Lumpur
Sabtu, Disember 9, 2023

FB

Program Tukar Beli tawar rebat RM300 tambahan untuk telefon pintar baru

- Advertisement -

HONOR Malaysia pada minggu ini tadi telah melancarkan Program Tukar Beli khas bagi orang awam yang mahu memiliki telefon pintar Siri HONOR Magic5.

Menurut kenyataan syarikat tersebut, pelanggan yang mahu menukar telefon pintar lama mereka kepada telefon pintar Siri HONOR Magic5 nboleh berbuat demikian Program Tukar Beli khas yang mereka lancarkan, dengan pelanggan menikmati tambahan RM300 di atas harga beli balik telefon pintar lama mereka.

Rebat RM300 itu boleh diperolehi secara terus apabila pengguna menukar telefon pintar lama mereka di Kedai HONOR Experience, Senheng dan Urban Republic.

Semakan kami mendapati bahawa jumlah belian bbalik bagi telefon pintar lama bermula dari RM10 sehingga RM4,435, dengan HONOR membenarkan pengguna menukar sehingga lima telefon pintar bagi setiap pembelian telefon pintar Siri HONOR Magic5 yang baru.

Ini bermaksud, jika anda memiliki lima telefon lama untuk ditukar, anda boleh mengumpulkan nilai tukaran kelima-lima telefon tersebut, dengan HONOR menambah rebat RM300 di atas harga terkumpul semua lima telefon pintar lama yang diserahkan.

Sebagai contoh, jika anda memiliki tiga telefon pintar untuk dijual bali dalam program ini, dimana telefon A dibeli balik oleh HONOR dengan RM50, telefon B dibeli balik dengan RM150, dan telefon C dibeli balik dengan harga RM1,000, anda akan menerima RM1,200 hasil daripada jualan terkumpul telefon A, B dan C.

Disebabkan anda memilih untuk membeli telefon pintar Siri HONOR Magic5, HONOR akan turut menambah rebat RM300 ke atas harga telefon pintar Siri HONOR Magic5 yang bakal dibeli, sekaligus menyusutkan lagi harga telefon pintar Siri HONOR Magic5 yang anda pilih.

Menurut HONOR, Tawaran Tukar Beli ini hanya sah sehingga 31 Ogos 2023.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman – laman di bawah.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber untuk guru, pelajar dan ibu bapa di Malaysia yang dibangunkan untuk memudahkan perkongsian bahan dan juga maklumat berkaitan sistem pendidikan Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!