National Science Challenge (NSC) Malaysia adalah satu pertandingan tahunan yang dianjurkan oleh Akademi Sains Malaysia (ASM) bagi mempromosikan bidang sains, teknologi dan inovasi di kalangan pelajar sekolah.
Pertandingan ini telah diadakan sejak 1999.
Dahulu, ianya dikenali sebagai Kuiz Sains National (KSN), sebelum dijenama semula kepada nama Inggerisnya yang kini.
Objektif National Science Challenge Malaysia
Objektif utama pertandingan NSC adalah:
- Membangunkan dan memupuk pemikiran, penaakulan, penyelidikan, kerjasama dan kemahiran kreatif dalam kalangan pelajar sekolah melalui penglibatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM).
- Memupuk minat para pelajar untuk menceburi kerjaya STEM STEM ke arah memenuhi keperluan negara.
- Memberi peluang kepada pelajar untuk mempamerkan pengetahuan dan kemahiran saintifik mereka
Aras pertandingan NSC
Terdapat empat aras pertandingan NSC, yakni;
- Peringkat awal
- Peringkat Negeri (Terbaik 80 dari peringkat awal setiap negeri)
- Separuh Akhir (Terbaik 20 dari peringkat negeri)
- Akhir (5 pasukan terbaik dari Separuh akhir)
Secara amnya, peringkat awal melibatkan kuiz dalam talian, dengan peringkat Negeri menguji kemahiran komunikasi pelajar melalui pertandingan video.
Pada Separuh Akhir, pelajar akan diberi latihan khas sebelum dikehendaki untuk membentangkan idea inovasi mereka kepada juri, dengan peringkah Akhir mengaksikan kombinasi semua kemahiran dari peringkat awal dipersembahkan kepada juri untuk penentuan pemenang.
Maklumat lanjut berkaitan NSC
Jika anda memerlukan maklumat berkaitan National Science Challenge (NSC) Malaysia, sila layari laman-laman dibawah