24.1 C
Kuala Lumpur
Jumaat, November 8, 2024

FB

Sarawak sah perkenalkan penilaian Tahun 6 dan Tingkatan 3

- Advertisement -

Sarawak akan memperkenalkan penilaian khas untuk pelajar Tahun 6 pada tahun 2025, dan Tingkatan 3 pada tahun 2028.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Bakat Sarawak, Roland Sagah Wee dipetik akhbar New Straits Times sebagai berkata bahawa penilaian tersebut adalah untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik, serta mata pelajaran Sains.

Menurut laporan New Strait Times, penilaian ini akan menggantikan penilaian UPSR dan PT3 yang dimansuhkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2021 (UPSR) dan 2022 (PT3).

Menurut Sagah, dua penilaian tersebut akan diakredasikan oleh satu badan antarabangsa.

Beliau juga berkata bahawa dua ujian baharu tersebut adalah berpadanan dengan hasrat kerajaan Sarawak pada masa kini.

Sagah dalam pada itu juga berkata apabila keadaan sesuai dan tepat, termasuk keperluaan guru dari segi latihan mencukupi, kerajaan Sarawak mungkin akan kembali kepada penilaian berasaskan sekolah pada masa hadapan.

Sarawak juga telah mengumumkan perubahan bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik ke Bahasa Inggeris sebelum ini.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!