31.8 C
Kuala Lumpur
Khamis, Mei 30, 2024

FB

Sarawak guna Bahasa Inggeris sepenuhnya untuk Sains dan Matematik

- Advertisement -

Sekolah Menengah di Sarawak bakal menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya untuk mata pelajaran Sains dan Matematik.

Menurut Menteri Pendidikan, Inovasi dan Bakat Sarawak, Roland Sagah Wee, penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran aliran Sains dan Matematik akan mula diperkenalkan dari 2026. Perubahan bahasa pengantar itu turut melibatkan mata pelajaran Matematik, Matematik Tambahan, Biologi, Kimia dan Fizik.

Berita berkenaan perubahan ini telah dilaporkan akhbar New Straits Times.

Menurut Roland, kerajaan Sarawak sudahpun mendapat kelulusan daripada Kementerian pendidikan dan satu pekeliling berkenaan perkara tersebut akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Pada peringkat permulaan, perubahan tersebut akan dilaksanakan pada pelajar Tingkatan 1 2026 yang mana akan menamatkan pembelajaran mereka dalam Bahasa Inggeris.

Sarawak sebelum ini telah mewar-warkan keinginan untuk mendapatkan kembali autonomi dalam bidang pendidikan bagi membolehkan ianya merancangan dan menentukan dasar pendidikan sendiri.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!