24.4 C
Kuala Lumpur
Rabu, Februari 19, 2025

FB

Sekolah akan boleh pilih antara 5 model kawalan tiba/balik pelajar

- Advertisement -

Sekolah – sekolah akan menggunakan lima jenis Model Pengawalan Keberadaan Murid di Pintu Pagar Sekolah apabila ianya mula dibuka 1 Mac  kelak.

Model tersebut telah dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM) bersama garis panduan mengurus pembukaan semula sekolah ketika tempoh penularan Covid-19.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Aminuddin Awang yang memaklumkan perkara itu berkata, ia merangkumi panduan lengkap mulai ketibaan murid, semasa berada di sekolah dan prosedur operasi standard (SOP) ketika pulang.

Menurutnya, garis panduan itu sudah diedarkan kepada semua sekolah yang bakal dibuka Mac ini.

Model Pengawalan Keberadaan Murid Di Pintu Pagar Sekolah memperincikan lima mod pergerakan tiba dan pulang murid iaitu dengan berjalan kaki; berbasikal; kenderaan ibu bapa; menaiki bas atau van serta bermotosikal dan lain-lain.

Dalam model tersebut, penekanan diberi kepada peranan pentadbir dan guru; murid, serta ibu bapa, dalam memastikan SOP dipatuhi bermula di sekolah sehingga pulang ke rumah.

Lima model pengawalan keberadaan yang dikeluarkan KPM menggariskan lima kaedah berbeza untuk mengawal pergerakan pelajar yakni:

  1. penyediaan ruang menunggu di dalam kawasan sekolah;
  2. penyediaan laluan terarah sehala
  3. kawalan keberadaan murid oleh polis, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), pihak berkuasa tempatan (PBT), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), alumni, Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) serta Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (KSIB) sukarelawan.
  4. penyuraian murid secara berperingkat, dan
  5. menunggu di dalam bilik darjah dengan menggunakan sistem panggilan.

Sekolah di Malaysia akan mula dibuka semula pada 1 Mac ini dengan Tahun 1 dan 2 sahaja dibenarkan turun ke sekolah.

Tentang PendidikanMalaysia.my

PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.

Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

1 COMMENT

Comments are closed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!