27.3 C
Kuala Lumpur
Isnin, Disember 4, 2023

FB

Sekolah di empat negeri beralih ke Fasa 4 PPN

- Advertisement -

Pengoperasian institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengikut ketetapan Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi empat negeri dan wilayah akan berkuat kuasa mulai 1 November depan.

Empat negeri dan wilayah itu adalah Melaka, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Pada masa sama, pengoperasian institusi pendidikan mengikut ketetapan Fasa 3 PPN bagi Kedah dan Kelantan pula akan bermula pada 31 Oktober manakala Pulau Pinang, Perak dan Sabah bermula 1 November.

KPM dalam kenyataan memaklumkan perubahan ketetapan itu adalah selaras peralihan Fasa 3 kepada Fasa 4 bagi Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Melaka.

Katanya, ia juga melibatkan peralihan Fasa 2 kepada Fasa 3 bagi Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah yang semuanya berkuat kuasa esok.

Menurut KPM, ketetapan pengoperasian bagi negeri-negeri di Fasa 4 itu melibatkan kemasukan bagi murid Tahap 1 sekolah rendah serta murid Tingkatan 3 dan Tingkatan 3 di sekolah menengah.

“Kehadiran murid Tahap 2 sekolah rendah serta kelas peralihan, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 sekolah menengah bagi Melaka, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan bermula pada 8 November 2021.

BACA BERITA PENUH DI UTUSANTV

Tentang PendidikanMalaysia.my

PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.

Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini.

Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber untuk guru, pelajar dan ibu bapa di Malaysia yang dibangunkan untuk memudahkan perkongsian bahan dan juga maklumat berkaitan sistem pendidikan Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!