24.7 C
Kuala Lumpur
Rabu, Disember 6, 2023

FB

‘Sekolahku Sejahtera’ bakal diperkenalkan untuk atasi masalah buli

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan menangani gejala buli yang masih berlarutan, dengan mempertingkat usaha menerapkan nilai murni dalam kalangan pelajar, termasuk melalui pendekatan baharu dinamakan ‘Sekolahku Sejahtera’.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, mengaku masalah itu telah berlaku sejak sekian lama, khususnya membabitkan pelajar yang tinggal di asrama.

Menyedari hakikat itu, beliau berkata, justeru KPM kini pada peringkat akhir sesi libat urus bagi memuktamadkan kerangka ‘Sekolahku Sejahtera’ yang bakal menumpukan aspek penerapan nilai murni dalam kalangan pelajar.

“Ia bukan mata pelajaran baharu, namun pendekatan untuk menerapkan nilai murni dari peringkat awal persekolahan.

“Dalam konteks buli ini, kebanyakan pelaku tidak bertindak secara rasional, sebaliknya beranggapan bahawa mereka dalam kelompok ramai dan membuli rakan lain.

“Ia adalah antara punca keadaan ini sehingga membawa kepada langkah mereka membuat keputusan yang tidak betul,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2022 Peringkat Jawatankuasa bagi KPM di Dewan Rakyat, hari ini.

BACA BERITA PENUH DI BHARIAN

Tentang PendidikanMalaysia.my

PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.

Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini.

Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber untuk guru, pelajar dan ibu bapa di Malaysia yang dibangunkan untuk memudahkan perkongsian bahan dan juga maklumat berkaitan sistem pendidikan Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!