Keputusan Sijil Tinggi Persekohan Malaysia (STPM) bagi 2022 mencipta sejarah apabila bilangan calon yang mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 adalah pada kadar 2.82 peratus.
Peratus itu mewakili sejumlah 1,184 calon, sekaligus menjadikan STPM 2022 sebagai peperiksaan yang mendapat bilangan calon yang mendapat PNGK 4.0 yang tertinggi dalam sejarah pperiksaan itu.
Peratusan calon bagi STPM tahun ini juga meningkat secara keseluruhan berbanding tahun sudah dengan PNGK 3.75 dan ke atas ialah 9.59 peratus, diikuti PNGK 3.00 dan ke atas, pada 42.96 peratus, PNGK 2.75 dan ke atas 56.97 peratus, dan PNGK 2.00 dan ke atas 39.75 peratus.
Secara keseluruhannya, PNGK Nasional STPM 2022 meningkat sebanyak 0.03 mata berbanding tahun 2021, iaitu dari 2.79 pada 2021 kepada 2.82 pada tahun 2022.
PNGK seseorang calon dalam suatu STPM dihitung berdasarkan purata nilai gred empat mata pelajaran terbaik termasuk Pengajian Am.