24.4 C
Kuala Lumpur
Rabu, Februari 19, 2025

FB

Nothing bawa Phone (2) ke Malaysia 14 Julai ini

- Advertisement -

Jenama teknologi dari London, Nothing, telah mengumumkan bahawa telefon pintar terbaharunya, Phone (2), akan dilancarkan di Malaysia pada 14 Julai 2023.

Menurut kenyataan media yang diterima pendidikanmalaysia.my, Phone (2) akan hadir dalam dua variasi yakni 12GB/256GB dan 12GB/512GB.

Ianya dikuasakan oleh Snapdragon 8+ Gen 1, mempunyai battery dengan kapasiti 4700mAh, dan skrin LTPO OLED yang berukuran 6.7-inci dengan kadar refresh rate 120hz.

Phone (2) bakal menampilkan dua warna di Malaysia yakni putih dan kelabu gelap.

Harga bagi kedua-dua variasi akan diumumkan pada 14 Julai kelak, dengan telefon pintar tersebut bakal ditunjukkan kepada umum di Mid Valley Megamall (South Court) pada 17 Julai 2023.

Bagi yang ingin membeli telefon tersebut dari Nothing, ianya akan mula dijual di Malaysia secara rasmi bermula 22 Julai 2023 di pautan dibawah.

Memandangkan Nothing Phone (2) telah dilancarkan di London pada 11 Julai lepas, anda juga boleh mendapatkannya dari penjual tidak rasmi pada pautan dibawah.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!