KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) berharap pelajar kelas peperiksaan awam seperti SPM dan STPM dibenarkan kembali ke sekolah secepat mungkin.
Presidennya Adam Prakash Abdullah berkata, ini terutama setelah langkah keselamatan diambil untuk memastikan kelas peperiksaan dapat dimulakan segera.
Menurutnya, guru mempunyai perancangan strategik bagi menyediakan pelajar untuk menghadapi peperiksaan awam. “Perancangan ini akan sentiasa diganggu sekiranya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meneruskan amalan penangguhan pembukaan sesi persekolahan.
“Kami berharap ada usaha dibuat untuk pembukaan semula sesi persekolahan kerana masa interaksi bersemuka guru dengan pelajar penting untuk kejayaan pelajar,” katanya pada Ahad.
Menurutnya, perancangan rapi rapi dengan objektif ke arah pembukaan sekolah harus disediakan kerana penangguhan pembukaan sesi persekolahan akan menyebabkan lebih ramai pelajar tercicir. “Keciciran itu nanti akan mengakibatkan masalah sosial yang akan memusnahkan masa depan generasi muda negara,” jelasnya.
Adam menambah, STU mengambil maklum akan pengumuman KPM bahawa pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) akan diteruskan sehingga 31 Ogos ini.
BACA SELEBIHNYA DI SARAWAKVOICE