24.7 C
Kuala Lumpur
Rabu, Disember 6, 2023

FB

Sekolah rendah di Sarawak bakal dibekalkan Raspberry Pi

- Advertisement -

SERIAN: Sebanyak 1,265 sekolah rendah di Sarawak dibekalkan dengan komputer Raspberry Pi dan diagihkan secara tiga kumpulan bermula Mei sehingga Disember tahun ini.

Adun Kedup, Martin Ben berkata untuk kumpulan pertama projek agihan komputer tersebut meliputi 344 sekolah di luar bandar dan pedalaman di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Baram, Belaga, Kapit, Song dan Daro.

Adun Kedup Martin Ben (dua dari kiri) mewakili Datuk Amar Michael Manyin Jawong menyerahkan peranti Rasberry Pi kepada Pegawai Pendidikan Daerah Serian, Charlie Unggang.

Kata Martin, sehingga 9 Julai, kumpulan pertama telah mencapai 98 peratus penghantaran dan kumpulan kedua telah memulakan proses penghantaran pada 12 Julai.

Manakala untuk Daerah Serian katanya, terdapat 79 sekolah rendah di bawah PPD Serian akan menerima manfaat dari projek ini melalui peruntukan 507 unit komputer Raspberry Pi di bawah kumpulan dua termasuk sebuah unit untuk pejabat PPD.

BACA BERITA PENUH DI SARAWAKVOICE

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber untuk guru, pelajar dan ibu bapa di Malaysia yang dibangunkan untuk memudahkan perkongsian bahan dan juga maklumat berkaitan sistem pendidikan Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!