32.8 C
Kuala Lumpur
Sabtu, Julai 24, 2021

FB

KPM iklan syarat – syarat kelayakan mengikuti kursus perguruan di bawah seliaanya

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan iklan syarat kelayakan mengikuti kursus perguruan untuk calon – calon yang berminat menjadi guru di bawah dua program seliannya.

Dua program tersebut adalah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) ke Luar Negara.

Kedua – dua program mengkehendaki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai kelayakan minima.

Syarat – syarat kemasukan PISMP

Bagi program PISMP, calon mestilah warganegara Malaysia lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2018, 2019 dan 2020 yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program tersebut.

Pelajar SPM 2020 akan memohon menggunakan keputusan percubaan mereka dan tidak ada syarat minima dikenakan.

Antara mata pelajaran yang ditawarkan adalah

  • Bahasa Ielayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Reka Bentuk dan Teknologi
  • Pendidikan Muzik
  • Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Jasmani
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Awal Kanak – Kanak
  • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
  • Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
  • Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Bahasa Iban
  • Bahasa Kadazandusun
  • Bahasa Tamil, dan
  • Bahasa Cina

Selain daripada syarat – syarat diatas, calon program PISMP perlu memenuhi syarat – syarat tamabahan di Lampiran A jika mahu memohon.

Syarat – syarat kemasukan PPC

Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke Luar Negara pula meletakkan syarat calon mestilah warganegara Malaysia lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam.

Semua kursus yang ditawarkan untuk Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke Luar Negara adalah untuk mata pelajaran di bawah Pendidikan Islam.

Calon untuk program PPC perlu memenuhi syarat – syarat tamabahan di Lampiran A jika mahu memohon.

Maklumat lengkap berkenaan tawaran ini boleh dilihat pada iklan PPC.

Cara memohon

Menurut KPM, permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat https://pismp.moe.gov.my mulai 15 Mac 2021 hingga 15 April 2021.

Untuk iklan serta syarat kelayakan mengikuti kursus perguruan yang lengkap bagi kedua – dua program tersebut, anda boleh muat turun dokumen berkaitan di pautan dibawah.

Tentang PendidikanMalaysia.my

PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.

Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini.

Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber untuk guru, pelajar dan ibu bapa di Malaysia yang dibangunkan untuk memudahkan perkongsian bahan dan juga maklumat berkaitan sistem pendidikan Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Stay Connected

246FansLike
64FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -