Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menjelaskan bahawa proses kemasukan pelajar ke universiti awam tahun ini bagi sesi 2020/2021 diteruskan seperti biasa.
Kenyataan tersebut hadir biarpun dan setelah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) ditunda oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
KPT menjelaskan lulusan kedua-dua peperiksaan itu dijangka memasuki universiti awam pada Julai atau Ogos tahun hadapan bagi program asasi dan diploma, termasuk matrikulasi.
KPT juga menjelaskan pengambilan pelajar bagi program ijazah dalam kalangan lulusan STPM dan setaraf akan dilaksanakan pada Oktober, tahun depan.
“Susulan keputusan kerajaan menunda SPM dan STPM, ada pihak yang bertanya bagaimana pula dengan kemasukan pelajar ke UA bagi pengambilan tahun ini, iaitu sesi 2020/2021.
“KPT ingin memaklumkan proses kemasukan pelajar ke UA bagi tahun ini diteruskan seperti biasa, justeru permohonan masih dibuka sehingga 17 April ini melalui sistem UPUOnline,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Pasca penutupan sistem permohonan menerusi UPUonline, KPT berkata penawaran dijangka dibuat pada 3 Jun ini untuk calon lulusan SPM dan STPM 2019 atau setaraf pada 18 Ogos depan.
Tentang PendidikanMalaysia.my
PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.
Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.