PUTRAJAYA: Tiada sebarang kuota khas diperuntukkan kepada calon guru kontrak perkhidmatan (CoS) bagi program pengambilan guru secara one-off.
Itu jelas Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berhubung salah faham yang timbul berkaitan kedudukan guru CoS bagi pengambilan khas guru itu.
Radzi berkata, beliau pada awalnya sudah menjelaskan bahawa keutamaan pengambilan khas itu diberikan graduan yang mempunyai ikhtisas pendidikan.
“Sekiranya ada kekosongan selepas mengambil kira calon yang ada ikhtisas pendidikan yang layak maka, barulah kita buka kepada mereka yang tidak mempunyai ikhtisas pendidikan.
“Bagaimanapun, kita tidak mempunyai data lengkap mengenai bilangan graduan yang memiliki ikhtisas pendidikan dalam pasaran.
“Disebabkan tiada data lengkap itu, kita buat unjuran dan hantar sekitar 4,000 calon yang tidak ada ikhtisas pendidikan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk diperakukan,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.
BACA BERITA PENUH DI UTUSAN.
Tentang PendidikanMalaysia.my
PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.
Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini.
Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.
Comments are closed.