28.6 C
Kuala Lumpur
Selasa, Februari 18, 2025

FB

Tuan Haji Azman Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia baharu

- Advertisement -

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menamakan Tuan Haji Azman bin Adnan sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) yang baharu berkuat kuasa pada 20 Februari 2024.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera Pengajian Melayu daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ijazah Sarjana Kepimpinan dan Kepengetuaan daripada Universiti Malaya (UM).

Menurut kenyataan KPM, Tuan Haji Azman berpengalaman selama lebih 34 tahun dalam bidang pendidikan dimana beliau telah memulakan kerjaya sebagai guru, sebelum dilantik sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran, Penyelia Petang, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri dan Pengetua sekolah.

Beliau juga berpengalaman memimpin institusi pendidikan di pelbagai peringkat termasuk sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Segamat, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan sebagai Pengarah Pendidikan Negeri Johor.

Pada peringkat Pengurusan Tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Tuan Haji Azman berpengalaman menjawat jawatan sebagai Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional, Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian sebelum dilantik ke jawatan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah).

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!