25.5 C
Kuala Lumpur
Sabtu, Julai 20, 2024

FB

Taib Mahmud meninggal dunia

- Advertisement -

Mantan Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud telah meninggal dunia hari ini.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul pukul 4.40 pagi pada usia 87 tahun.

Akhbar tersbeut turut melaporkan bahawa pemergian Taib telah disahkan menerusi akaun Facebook Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib.

Hanifah adalah anak bongsu Allahyarham.

“Kembalinya ayahanda YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib yang dikasihi, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud kepada pencipta-Nya, lebih kurang 4.40 pagi, 21 Februari 2024 bersamaan 11 Syaaban 1445 Hijrah,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah melaporkan bahawa urusan pengurusan jenazah akan dilakukan di Masjid Negara, Kuala Lumpur sebelum dibawa pulang ke Kuching, Sarawak.

Upacara urusan jenazah kemudian turut dilakukan di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!