25.3 C
Kuala Lumpur
Rabu, Januari 22, 2025

FB

Ulasan: Honor Earbuds 3 Pro – Earbuds terbaik setakat ini

- Advertisement -

Honor Earbuds 3 Pro merupakan fon telinga (selepas ini akan disebut earbuds sahaja) yang tidak menggunakan wayar, dan kelihatan seperti Apple Airpods dari jauh.

Sungguhpun demikian, jika diteliti secara lebih dekat, adalah nyata Earbuds 3 Pro buatan Honor ini ada kelebihannya dan layak dipertimbangkan sekiranya anda mencari earbuds untuk kegunaan sendiri mahupun teman.

Rekaan

Dari segi rekaan, Earbuds 3 Pro ini sememangnya tidak jauh lari daripada Apple Airpods yang dikeluarkan oleh Apple.

Sungguhpun mirip, rekaan Earbuds buatan Honor ini lebih ergonomik dan sesuai untuk didakapkan ke dalam telingan.

Rekaan 3D bionic ergonomic ini juga membuatkannya senang didigunakan dan ianya tidak akan jatuh apabila ianya digunakan untuk bersenam, mahupun berlari.

Apabila digunakan dalam keadaan baring, ianya nyata masih selesa biarpun anda mengiringkan kepala di atas bantal dengan kehadirannya tidak berapa dirasai.

Kawalan dan penggunaan

Kawalan bagi earbuds ini juga mudah digunakan dan saya pairing-nya dengan telefon Android dan Apple adalah mudah.

Selain mempunyai ciri pengukuran suhu badan, ianya juga mempunyai mod pemadaman bunyi (Noise cancellation mode) yang saya boleh ibaratkan cukup sempurna.

Ini adalah kerana apabila mod ini dipasang, bunyi di sekeliling hilang sama sekali dan amat sukar didengari, sekaligus membolehkan saya fokus dan menikmati muzik dan bunyi dari earbuds tersebut.

Panggilan yang diterima dengan menggunakan earbuds ini juga jelas kedengaran.

Dari segi kawalan pula, ianya mudah difahami seperti yang anda lihat dibawah.

  • Ketuk 2X: Main/Berhenti/Jawab dan Akhiri panggilan
  • Ketuk 3X: Mengukur suhu badan
  • Leret keatas: Menguatkan bunyi
  • leret kebawah: Mengurangkan bunyi
  • Tekan dan tahan seketika: Memutup atau membuka Mod Pemadaman Bunyi

Kualiti bunyi

Kualiti bunyi yang dihasilkan earbuds ini amat baik. Bunyi Bass yang terhasil cukup ampuh, dan kualiti suara apabila menerima panggilan juga amat jelas.

Jika anda menggunakan earbuds ini dengan Honor X9, kehebatan audio yang terhasil bertambah sekaligus memberi bayangan betapa ianya sangat sesuai dipadankan dengan telefon tersebut.

Mod Pemadaman Bunyi earbuds ini juga memastikan bunyi yang terhasil tidak mendapat gangguan apabila ianya digunakan dalam persekitaran bising.

Ketahanan bateri

Bateri earbuds ini mampu dicaj sehingga 62% dalam masa 10 minit.

Ianya menggunakan kabel USB-C, jadi saya tidak perlu membawa kabel tambahan jika keluar outstation untuk beberapa hari.

Sepanjang tiga minggu saya menguji earbuds ini, saya hanya mengecasnya dua kali, namun telah menggunakannya hampir setiap hari untuk bersenam (30 minit) dan menonton Netflix (2 jam).

Menurut Honor, earbuds ini mempunyai ketahanan bateri selama 36 jam tanpa perumahnya, yang juga merupakan pengecas kepada earbuds ini.

Dimana anda boleh membeli Honor Earbuds 3 Pro

Honor Earbuds 3 Pro ini sudahpun dijual di Malaysia secara rasmi dengan harga RM699.

Biarpun ianya dianggap agak mahal bagi sesetengah orang, namun kualiti audio yang terhasil adalah amat memuaskan.

Jika anda ingin membelinya, ianya ada dijual dengan waranti setahun oleh Honor Malaysia di pautan dibawah.

Kesimpulan

Honor Earbuds 3 Pro merupakan earbuds terbaik yang pernah saya cuba setakat ini.

Bunyi yang terhasil oleh earbuds ini amat berkualiti, dan bentuk ergonomiknya membolehkan saya menggunakannya untuk pelbagai aktiviti termasuk aktiviti senaman.

Kawalan earbuds ini juga mudah dan senang dan ketahanan baterinya sangat memuaskan.

Biarpun ianya berharga RM699, saya merasakan ianya bertepatan untuk sesiapa sahaja yang pentingkan kualiti bunyi apabila mendengar lagu.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

1766 COMMENTS

Comments are closed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
Honor Earbuds 3 Pro merupakan fon telinga (selepas ini akan disebut earbuds sahaja) yang tidak menggunakan wayar, dan kelihatan seperti Apple Airpods dari jauh. Sungguhpun demikian, jika diteliti secara lebih dekat, adalah nyata Earbuds 3 Pro buatan Honor ini ada kelebihannya dan layak dipertimbangkan sekiranya...Ulasan: Honor Earbuds 3 Pro - Earbuds terbaik setakat ini
error: Content is protected !!