31.8 C
Kuala Lumpur
Sabtu, Ogos 6, 2022

FB

Ulasan: HONOR X9 – Bateri tahan lebih dua hari

Telefon Honor X9 merupakan satu telefon mampu milik yang sedikit lebih canggih berbanding Honor X7 yang pernah kami ulas beberapa bulan lalu.

Jika anda tak perasan, Honor X7 telah diumumkan pada bulan Mac tahun ini, dan Honor X9 ini juga dikeluarkan pada tarikh yang sama.

Dibawah ini adalah spesifikasi Honor X9

  • Saiz skrin: 6.81-inci IPS Honor Full View Display
  • Processor: Qualcomm SM6225 Snapdragon 680 4G
  • RAM: 8GB
  • Storage: 128GB
  • OS: Magic UI berasaskan Android 11
  • Berat : 189g
  • Saiz: 166.1 x 75.8 x 8.1 mm
  • Kamera depan: 16MP
  • Kamera belakang: 64MP + 8MP + 2MP + 2MP
  • Batteri: 4,800mAh dengan FastCharge 66W
  • Ciri-ciri tambahan: Fingerprint scanner

Kelebihan telefon pintar Honor X9

Biarpun bukan dianggap telefon pintar yang berkeupayaan tinggi dan mahal, Honor X9 masih mampu memberi saingan kepada telefon pintar lain.

Di sini adalah kelebihan – kelebihan yang X9 miliki.

  • Bateri tahan lasak – X9 sememangnya mempunyai bateri yang amat menakjubkan. Biarpun hanya berkapasiti 4,800mAh, batteri yang dilengkapi 66W HONOR SuperCharge ini dapat bertahan sekurang – kurangnya dua hari dengan penggunaan biasa, dan boleh dicaj sebanyak 81% dalam 30 minit.
  • Skrin besar – Skrin 6.8-inci menghasilkan imej yang terang dan tajam walaupun nisbah saiz telefon kepada skrinnya lebih kecil berbanding Honor X7.
  • Google Apps – Seperti Honor X7, Honor X9 kini juga lengkap dengan Google Apps secara rasmi. Ini pasti memudahkan bagi pengguna yang menggunakan aplikasi Google secara banyak.
  • Warna istimewa – Telefon ini hadir dalam tiga warna yang kelihatan berbeza dibawah pencahayaan berbeza.
  • Selesa dalam genggaman – Saiz telefon ini membuatkannya senang digengggam dan digunakan.
  • Mampu untuk gaming – Pemprose Snapdragon 680 telah direka khas untuk permainan (gaming), dan dengan permainan FIFA Mobile dan Call of Duty (COD) dimainkan tanpa banyak masalah atau sekatan (lag).

Masalah telefon pintar Honor X7

Biarpun mempunyai banyak kelebihan, telefon pintar Honor X9 ini mempunyai kekurangannya yang tersendiri.

Antaranya adalah:

  • Kualiti kamera – Biarpun memiliki kamera yang lebih banyak piksel berbanding Honor X7, namun kualiti gambarnya tidak jauh berbeza. Gambar pada waktu siang dilihat cantik dan terang, namun gambar pada waktu malam kurang memuaskan.
  • Ruang storan – Pada masa ini, ruang storan 128GB adalah tidak mencukupi pada hemah saya. X9 juga tidak mempunyai slot storan ingatan tambahan untuk microSD, sekaligus membuatkan anda terikat dengan 128GB sahaja.
  • Badan plastik – Biarpun kelihatan premium, badan plastik mudah ‘luka’ apabila terkena permukaan keras.
  • Speaker sehala – Ketika menonton wayang atau bermain ‘game’, kedudukan pembesar suaranya yang sehala agak menggangu bunyi yang dihasilkan.

Harga dan tempat membeli

Telefon pintar HONOR X9 ini dijual secara rasmi pada harga RM1,099, sedikit mahal daripada telefon X7.

Anda boleh mendapatkan telefon pintar ini di laman – laman di bawah dengan promosi – promosi khas jika kena pada masanya:

Bagi yang mahu membeli aksesori telefon ini, anda boleh berbuat demikian pada pautan dibawah.

Kesimpulan

Telefon pintar Honor X9 ini bagi saya sesuai untuk golongan yang tidak suka mengecas telefon mereka untuk jangkamasa yang lama.

Selain daripada itu, ianya sesuai bagi golongan yang mementingkan kefungsian sesebuah telefon dan mahu mendapatkan telefon pintar mereka pada harga yang berpatutan.

Jika anda mahu menikmati 5G, Honor juga ada mengeluarkan versi X9 yang mempunyai keupayaan 5G, dengan harga RM1,299.

Tentang PendidikanMalaysia.my

PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.

Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini.

Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber untuk guru, pelajar dan ibu bapa di Malaysia yang dibangunkan untuk memudahkan perkongsian bahan dan juga maklumat berkaitan sistem pendidikan Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
Telefon Honor X9 merupakan satu telefon mampu milik yang sedikit lebih canggih berbanding Honor X7 yang pernah kami ulas beberapa bulan lalu.Ulasan: HONOR X9 - Bateri tahan lebih dua hari