Sebulan yang lalu, saya telah dibekalkan dengan telefon pintar HONOR Magic5 Pro untuk diuji, dan ini adalah ulasan bagi telefon pintar tersebut.
Sebelum mengulas lebih lanjut berkenaan telefon pintar ini, Magic5 Pro adalah telefon pintar yang telah dianugerahkan kedudukan pertama oleh DXOMARK dari segi skrin dan juga kamera.
Dalam pada itu, di bawah ini adalah spesifikasi telefon pintar dari HONOR ini.
Kelebihan HONOR Magic5 Pro
Seperti biasa, saya akan ulaskan kelebihan telefon pintar dahulu dan di sini saya senaraikan kelebihan telefon Magic5 Pro ini.
- Kamera berkualiti – Kamera HONOR Magic5 Pro ini sememangnya tidak dapat dinafikan kualitinya. Kelebihannya terletak pada kepantasan shutternya, disamping kebolehnnya zoom sehingga 100x. Fungsi AI (Kepintaran maya) khususnya untuk mengambil gambar aksi membuatkan kamera pada Magic5 Pro meletakkan telefon pintar dari HONOR ini setara dengan telefon pintar jenama – jenama besar seperti Samsung, Apple dan HUAWEI.
- Gambar malam – Kamera Magic5 Pro ini mampu menangkap gambar jelas pada waktu malam dalam kurang 5 saat!
- Gambar aksi – Kamera telefon pintar ini juga dapat menangkap gambar aksi – aksi pantas seperti lompatan, tarian dan banyak lagi dengan baik dan jelas. (Lihat ulasan dan sample lengkap kamera)
- Rekaan praktikal – Biarpun tidak berapa menggemari bulatan kamera yang besar pada belakang Magic5 Pro, hakikatnya adalah bulatan tersebut menambahkan cengkaman ketika saya bermain game. Di samping itu, kedudukannya di tengah atas juga menyebabkan telefon tersebut lebih pintar apabila diletakkan secara mendatar.
- Skrin terang – Skrin Magic5 Pro telah diberi kedudukan pertama bagi skring telefon pintar oleh DXOMARK. Ini menggambarkan kualiti skrin tersebut yang mempunyai pencahayaan maksima 1800 nit, dan resolusi 1312 x 2848 piksel denagan refresh rate sebanyak 120Hz.
- Processor – Processor Magic5 Pro ini adalah Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2, yang mana merupakan processor terkini dari jenama itu.
- Saiz storan – Telefon pintar ini hadir dengan 512GB ruang storan. Ini membuatkannya cukup untuk menyimpan ribuan gambar,
- Pembesar suara (speaker) – Dengan dua pembesar suara di bahagian atas dan bawah, bunyi yang dihasilkan telefon pintar ini adalah amat jelas, tajam dan berkualiti.
- Penjagaan mata – MagicOS yang dibekalkan dengan Magic5 Pro ini hadir dengan fungsi Circadian Night Display yang mana akan menyesuaikan warna skrin dengan mata anda bagi membolehkan anda tidur dengan lebih lena.
- IP68 – Telefon pintar ini hadir dengan rating IP68 yang bermaksud ianya tahan percikan air dan debu. Ini bermakna anda tidak perlu risau jika anda perlu membawanya ke kolam renang atau bilik air.
- Bateri besar – Bateri yang dibekalkan adalah 5,100mAh dan ianya boleh tahan selama 2 hari dengan penggunaan biasa.
Masalah HONOR Magic5 Pro
Biarpun mempunyai banyak kelebihan, telefon HONOR ini juga mempunya keburukan.
Antara keburukan Magic5 Pro adalah:
- Bulatan kamera terlalu besar – biarpun bulatan kamera pada Magic5 Pro ini boleh digunakan untuk memperkuatkan cengkaman ketiak bermain ‘game’, namun ianya masih juga tidak begitu menarik pada pengamatan saya.
- Aplikasi tambahan – Saya masih tidak suka akan kehadiran aplikasi tambahan yang tidak diperlukan. Dalam telefon ini, aplikasi Trip.com dan WPS Office merupakan dia aplikasi tambahan yang telah dipasangkan apabila telefon pintar tersebut dikeluarkan dari kotak.
Selain daripada itu yang saya senaraikan diatas, tidak banyak keburukan lain yang boleh saya nyatakan berkenaan telefon pintar ini.
Harga dan tempat membeli
HONOR Magic5 Pro akan masuk ke pasaran Malaysia secara rasminya pada 6 April 2023.
Buat masa ini, harga telefon pintar ini tidak dapat dipastikan, namun adalah dijangkakan ianya akan berharga sekitar RM3,500 – RM4,500.
Anda boleh membeli telefon pintar ini di Kedai Rasmi HONOR di bawah.
- PERGI ke Kedai rasmi HONOR Malaysia (Lazada)
- PERGI ke Kedai rasmi HONOR Malaysia (Shopee)
- BELI aksesori HONOR Magic5 Pro
Kesimpulan
Sungguhpun berharga agak tinggi, saya merasakan telefon pintar ini adalah agak berpatutan harganya berbanding keupayaan telefon tersebut, khususnya dari segi kamera.
Gambar yang dihasilkan menyamai Magic5 Pro ini menyamai kualiti dan kebolehan DSLR biasa, dan saya yakin ramai akan berpuas hati dengan keupayaannya mengambil gambar menarik tanpa mengira masa dan peristiwa.