HONOR Malaysia hari ini telah melancarkan tiga telefon pintar baharu bagi siri MAGIC.
Siri Magic merupakan siri tertinggi dan terbaik bagi telefon di bawah jenama tersebut dimana ianya mempunyai perisian dan perkakasan terbaik.
Pada majlis pelancaran tadi, tiga telefon pintar baharu yakni HONOR Magic5, HONOR Magic5 Pro dan HONOR Magic Vs.
Biarpun kelihatan hampir sama, HONOR Magic5 dan HONOR Magic5 Pro mempunyai beberapa perbezaan yang membuatkan Magic5 Pro lebih baik.
Magic5 Pro mempunya skrin yang lebih besar, kamera yang lebih baik, ruang storan yang lebih besar (512GB) dan mempunyai ketahanan IP68, yang mana bermaksud ianya kalis air dan debu.
Magic5 Pro juga telah diberikan tanking pertama dari segi skrin dan camera bagi sesebuah telefon pintar oleh DXOMARK, yang merupakan sebuah syarikat penanda aras bagi telefon pintar di dunia.
Anda boleh membaca ulasan lengkap telefon Magic5 Pro di pautan yang diberikan dibawah.
Dalam perkembangan sama, HONOR juga melancarkan Magic Vs yang merupakan telefon pintar boleh lipat.
Telefon ini menawarkan skrin bersaiz 7.9 inci apabila dibuka sepenuhnya dengan HONOR memberi fokus khusus kepada kebolehan telefon ini dilipat dengan kemas, tanpa kewujudan sebarang ruang di antara skrin ketika lipatan dilakukan.
Harga telefon pintar HONOR siri Magic
Ketika pelancarannya, HONOR mengumumkan harga telefon tersebut seperti dibawah;
- HONOR Magic5: RM3,499
- HONOR Magic5 Pro: 4,299
- HONOR Magic Vs: RM5,999
Menurut HONOR Malaysia, telefon pintar Magic5 akab boleh dibeli mulai 28 April 2023 di kedai dalam talian dan juga kedai tempatan.
Bagi Magic5 Pro dan Magic Vs, pra-tempah kini sudah dibuka sehingga 13 April 2023, dengan kedua – dua telefon pintar itu sedia untuk dihantar dan diambil pada 14 April 2023.
Pembeli yang membuat tempahan akan mendapat barangan dan perkhidmatan percuma dari HONOR sehingga RM2,200.
Anda boleh membuat tempahan di pautan yang diberikan dibawah.