Jika anda tidak menggunakan laptop, atau kamera komputer anda rosak, penggunaan sebuah webcam (kamera web) tambahan seperti Lenovo 300 FHD WebCam dilihat perlu.
Kenapa Lenovo 300 FHD WebCam?
Kelebihan Lenovo 300 FHD WebCam
Lenovo 300 FHD WebCam merupakan satu kamera yang murah jika dibandingkan dengan jenama – jenama lain seumpamanya.
Sungguhpun murah, ianya menampilkan paparan skrin yang setara dengan jenama – jenama terkenal seperti Logitech.
Malah, dari spesifikasi kamera. ianya dilihat mampu menangkap imej dengan resolusi tinggi (HD) sehingga 1080 piksel, biarpun hanya mempunyai kamera 2MP.
Anda sebenarnya tidak memerlukan bilangan piksel yang besar jika hanya mahu mengambil video bagi mesyuarat dalam talian. Di bawah adalah contoh gambar dari video yang ditangkap dengan menggunakan kamera ini.
Berdasarkan gambar di atas, ianya jelas menunjukkan gambar yang dirakam cukup jelas dan kami amat berpuas hati dengan video yang dirakam.
Tambahan pula, kamera ini juga dilengkapkan dengan perakam suara atau mikrofon, sekaligus menjadikan ianya satu set lengkap bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) atau melaksanakan mesyuarat dalam talian.
Jika anda takut kamera ini dikawal oleh pihak lain sewaktu anda tidak mahu menggunakannya, anda tidak perlu risau.
Kamera ini dilengkapi penutup lensa bagi memastikan video atau imej anda tidak dirakam tanpa pengetahuan anda.
Spesifikasi lain kamera ini adalah seperti di bawah:
- Warna: Kelabu
- Berat: 130g
- Resolusi: FHD (1920 x 1080)
- Saiz: 62 mm X 90 mm X 46 mm (1.8 in)
- Punca kuasa: USB 2.0 ke atas
- Bateri: Tiada
- Sistem operasi minima: Windows 7, Windows 8, or Windows 10; Mac OS X 10.14 or higher; Ubuntu 20.04 Chromebook 85.0.4181.3
Kekurangan Lenovo 300 FHD WebCam
Antara yang kurang menarik berkenaan kamera web LENOVO ini adalah saiznya. Walaupun saiznya masih boleh diterima, tetapi terdapat banyak kamera web yang mempunyai saiz yang jauh lebih kecil dan kelihatan lebih menarik.
Selain daripada itu, kamera ini juga sukar dilekapkan pada skrin komputer dan anda perlu menggunakan samada pita pelekat ataupun ‘blue tact’ bagi memastikannya melekat di lokasi pilihan anda.
Pilihan warna kamera juga kurang menarik bagi saya kerana ianya berwarna kelabu.
Harga dan tempat pembelian
Webcam LENOVO 300 ini boleh dibeli secara dalam talian dengan harga sekitar RM98.
Ini menjadikannya sebagai webcam yang agak mampu milik dan murah jika dibandingkan dengan jenama seperti Logitech.
SEMAK HARGA Lenovo 300 FHD WebCam: SHOPEE | LAZADA
Kesimpulan
Secara amnya, webcam LENOVO 300 ini bagi saya amat berbaloi bagi mereka yang mencari kamera web yang tidak terlalu mahal tetapi berkualiti.
Sememangnya dari segi paras rupa ianya tidaklah begitu menarik, tetapi yang penting adalahg kefungsiannya dan inilah yang diberikan kamera web LENOVO 300 ini.
Tentang PendidikanMalaysia.my
PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.
Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini.
Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.
Comments are closed.