SHAH ALAM – Satu petisyen halang pembukaan sekolah telah dilancarkan di dalam talian.
Petisyen ini mendesak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menangguhkan pembukaan sekolah yang dijadualkan pada 1 September depan.
Petisyen bermula pada Ahad itu menyasarkan 100,000 rakyat Malaysia dan setakat jam 3 petang Selasa, petisyen berkenaan meraih sebanyak 4,736 tandatangan.
Peningkatan kes Covid-19 ketika ini mencetuskan kebimbangan ibu bapa terhadap risiko penularan jangkitan sekiranya sesi persekolahan dibuka seperti dijadualkan.
Salah seorang yang menandatangani petisyen itu berkata, keselamatan anak-anak adalah paling penting pada masa ini.
“Jangan biarkan lebih banyak ‘darah’ tumpah terutama guru dan pelajar,” kata lelaki tersebut di ruangan komen petisyen dalam talian tersebut, pada Ahad.
Sementara itu, seorang wanita berkata, dia tidak bersedia menghantar anak- anaknya ke sekolah kerana mereka belum menerima vaksin.
BACA BERITA PENUH DI SINAR HARIAN