Di sini kami akan membuat ulasan berkenaan laptop ACER Swift 3 SF314-44-R6K6, yang merupakan antara model terbaharu keluaran Acer di bawah siri Swift 3.
Untuk makluman, komputer riba ini mempubyai spesifikasi di bawah:
- Processor: AMD Ryzen 5 5625U Processor (Max Turbo Frequency 4.30GHz)
- RAM: 16GB OnBoard LDDR4X Ram
- Ruang storan: 512GB PCIe NVMe SSD
- Grafik: AMD Radeon Graphics
- Skrin: 14.0″IPS,Full HD 1920 x 1080,High-Brightness (300nits) Acer ComfyView LED-backlit TFT LCD 16:9, sRGB 100%
- Kamera: FHD
- Bateri: 65W Type-C charger, 50 Wh 3-cell Li-ion battery
- Dimensi: 321.71 (W) x 211.72 (D) x 15.9 (H) mm
- Berat: 1.25kg
Kelebihan Laptop ACER Swift 3
Bagi saya, laptop ACER Swift 3 ini menepati citarasa sebuah komputer riba yang diperlukan untuk seseorang yang perlu bekerja dan pada masa sama perlu mudah alih.
Antara kelebihan utama laptop ini adalah;
- Processor: AMD Ryzen 5 5625U adalah processor yang terkini dan setaraf dengan Intel Core 5.
- Ruang storan: Ruang storan 512GB adalah cukup besar untuk simpanan pelbagai dokumen dan program
- RAM: 16GB adalah melangkaui keperluan RAM pada masa kini. Ini bermaksud saya anda tidak perlu menaik taraf RAM anda pada masa hadapan.
- Ketahanan bateri: Mengikut ACER, bateri laptop ini boleh tahan sekurang – kurang lapan jam dibawah penggunaan berterusan secara biasa.
- Kecil dan ringan: Pada 1.25kg, laptop ini antara yang palin ringan di pasaran pada harga mampu milik. Ianya juga mempunyai saiz yang cukup kecil bagi membolehkannya muat dalam pelbagai beg.
- Harga: Berbanding laptop dengan kapasiti serta perkakasan serupa, laptop ini boleh dianggap murah.
- USB-C: Bekalan kuasa ke laptop ini adalah dengan menggunakan USB-C, jadi anda boleh dengan mudah mengecasnya. Blok pengecas laptop juga adalah ringan.
- Pengimbas jari: Ianya menjadi satu keperluan kini untuk sebuah laptop mempunyai pengimbas jari bagi memudahkan log masuk ke komputer.
- Warranti: Laptop ini hadir dengan warranti dua tahun.
Masalah Laptop ACER Swift 3
Laptop ini sememangnya tidaklah sempurna dengan kekurangan berikut saya kesan;
- Butang power: Butang kuasa laptop ini rasanya agak murah, dan ini tidak menepati citarasa permium bagi laptop seumpamanya.
- Rekaan: Secara umumnya, rekaan laptop ini menarik, namun ianya tidak kelihatan sepeti laptop premium setanding laptop jenama Apple mahupun Asus.
- Skrin: Pada tetapan default, skrin tidak seterang laptop lain dan perlu diubah jika mahukan warna kelihatan lebih menarik.
Harga & tempat membeli
Laptop ini boleh dibeli di kedai – kedai komputer di seluruh negara, namun pada pengawamtan saya, anda boleh menjimatkan sehingga RM500 jika membelinya di atas talian.
Secara amnya, laptop ACER Swift 3 SF314-44-R6K6 ini berharga sekitar RM3,299, namun anda boleh mendapatkannya sekitar RM2,799 atau kurang ketika promosi – promosi khas di dalam talian.
BELI Laptop ACER Swift 3 : LAZADA | SHOPEE
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, jika anda tidak kisah akan rupa laptop ini, serta skrinnya yang mungkin kelihatan sedikit malap, laptop ACER Swift 3 SF314-44-R6K6 ini adalah sangat bertepatan bagi anda.
Ianya dirasakan amat sesuai untuk guru dan peniaga yang sering bergerak dan membawa komputer ke mana – mana dan buat masa ini, belum ada laptop yang selengkap dan semurah seperti yang ada ditawarkan oleh Acer dalam laptop ini.
Tentang PendidikanMalaysia.my
PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.
Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini.
Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.