Kerajaan Malaysia hari ini telah mengumumkan cuti umum tambahan untuk Hari Raya Aidilfitri yang dijangka pada samada pada Jumaat, 21 April, atau Sabtu, 22 April 2023.
Pengumuman tersebut dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dipetik media tempatan sebagai menjelaskan bahawa tindakan menambah cuti umum tersebut sebagai memudahkan rakyat membuat perancangan perjalanan mereka.
Dalam perkembangan itu, kerajaan kini memutuskan Jumaat 21 April 2023 akan menjadi Cuti Umum sekiranya Hari Raya Aidilfitri jatuh pada Sabtu, 22 April 2023, dengan Isnin secara automatik sememangnya menjadi cuti umum.
Sungguhpun demikian, jika Hari Raya Aidilfitri jatuh pada Jumaat, 22 April 2023, maka hari Isnin akan diistiharkan sebagai cuti pula.
Ini sekaligus bermakna cuti umum bagi Hari Raya Aidilfitri kali ini adalah selama empat hari.
Sebelum ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membenarkan sekolah bercuti sehari lebih awal, dengan semua sekolah dan institusi KPM bercuti untuk Hari Raya bermula 19 April 2023.
Pada masa artikel ini ditulis, cuti umum tersebut hanya sah di Semenanjung Malaysia dan Labuan, manakala Sabah dan Sarawak masih belum mengumumkan cuti tambahan masing – masing.