25.5 C
Kuala Lumpur
Selasa, November 29, 2022

FB

Ulasan: Laptop HONOR MagicBook 15 AMD 2021

- Advertisement -

Saya telah menerima sebuah laptop HONOR MagicBook 15 AMD bagi tahun 2021 yang menggunakan pemproses AMD Ryzen 5 baru – baru ini untuk diuji.

Jika anda mengikuti perkembangan teknologi, komputer riba ini adalah laptop terbaharu yang dijual oleh jenama HONOR yang suatu ketika dulu merupakan sub-jenama HUAWEI.

Sungguhpun HONOR kini merupakan jenamanya sendiri, namun jika anda membandingkan komputer riba ini dengan komputer riba model MateBook oleh HUAWEI, anda pasti akan perasan kesamaannya.

Sebelum saya menerangkan kelebihan dan kelemahan (masalah) laptop serba nipis ini, dibawah adalah spesifikasi komputer riba ini.

  • Saiz skrin: 15.6″ IPS, Anti-glare screen, 1920 x 1080 pixels, 141PPI
  • Processor: AMD Ryzen™ 5 5500U
  • RAM: 8GB DDR4-3200 SDRAM
  • Storage: 256GB PCIe® NVMe™ M.2 SSD
  • GPU: AMD Radeon™ Graphics
  • OS: Windows 10 Home
  • Berat : 1.56kg
  • Saiz: 357.8mm × 229.9mm × 16.9mm
  • Kamera: 1MP HD
  • Port: USB 3.2 x 1, USB 2.0 x 1, USB Type-C (Charging+Data) x 1, HDMI x 1; 3.5mm stereo headset jack x 1
  • Ciri-ciri tambahan: Fingerprint scanner, Bluetooth, Batteri 56Wh

Kelebihan laptop HONOR MagicBook 15 AMD 2021

Pada hemah saya, laptop ini murah jika anda anda mengambil kira spesifikasi yang ditawarkannya.

Pada berat hanya 1.56kg, laptop yang dikuasakan oleh processor AMD Ryzen 5 5500U, serta 8GB RAM, serta ruang storan 256GB SSD, sebenarnya amat berbaloi dibelikan sebagai laptop untuk menjalankan kerja pejabat dan kelas PdPR.

Ini adalah kerana spesifikasi laptop sebegini sudah cukup baik untuk menjalankan semua perisian untuk kerja – kerja pejabat yang asas tanpa masalah.  Lain – lain kelebihan laptop ini yang saya kesan selepas mengujinya selama seminggu adalah seperti tersenarai dibawah.

Saiz laptop dan skrin: Walaupun mempunyai skrin yang bersaiz 15.6-inci, laptop ini tidaklah sebesar mana kerana rekaan laptopnya yang bijak dan nipis. Ini menyaksikan laptop ini kelihatan premium dan menarik, dengan skrin yang besar yang tidak akan menyebabkan anda sakit mata.

Kekuatan speaker: Satu perkara yang saya amat suka berkenaan laptop ini adalah kekuatan speaker atau pembesar suaranya. Bunyi nya lantang dan jelas.

RAM: 8GB RAM bukanlah besar bagi masa kini, namun adalah agak jarang kita menemukan komputer pada harga ini dengan kapasiti RAM 8GB.

Storan: 256GB SSD juga bukan besar, namun ianya memadai. Storan jenis SSD akan memastikan perisian terutamanya membuka dan menutup komputer ini kurang dari beberapa saat.

AMD Ryzen 5 5500U: Pada paras harga ini, mendapatkan prosessor AMD Ryzen 5 (setaraf Intel Core-i5) yang terkini – generasi ke-5, adalah amat sukar sekaligus memberi laptop ini kelebihan mutlak.

Berat: 1.56kg adalah sangat ringan bagi sesebuah laptop, terutama apabila kita mengambil kira harga dan juga kekuatan laptop ini.

Anda boleh membandingkan kelebihan yang saya senaraikan di atas dengan cara mencari komputer riba yang baik.

Masalah laptop HONOR MagicBook 15 AMD 2021

Walaupun saya merasakan komputer riba ini sebagai bersesuaian dengan PdPR, namun hadir beberapa perkara yang saya kurang sukai dan menyebabkan masalah kepada penggunaanya.

Kedudukan kamera: Antara masalah paling utama laptop ini hadir pada kameranya. Walaupun kamera ini memberikan imej jelas, namun kedudukannya di papan kekunci menjadikannya agak kurang sesuai terutama sekali bagi individu pendek dan yang gemar meletakkan laptop berdekatan dengan badan apabila menggunakan kamera.

Ketiadaan perisian MS Office: Komputer riba ini dikatakan dibuat menjurus kepada pelajar, namun ketiadaan perisian Microsoft Office secara percuma agak mengecewakan.  Walaupun anda boleh membeli Microsoft Office dengan murah di Shopee, namun jika ianya datang sekali dengan komputer, ianya lebih baik.

Bilangan Port: Bilangan port USB hanya dua. Ini bermakna anda perlu membeli USB Hub jika ingin menggunakan lebih banyak USB port.

Harga dan tempat pembelian

Sering saya sebutkan harga laptop ini dalam ulasan ini, jadi anda pasti tertanya tanya akan harganya.

Laptop dengan ciri – ciri yang saya sebutkan diatas dijual dengan harga hanya RM2,699 di Shopee dan Lazada.  Harga ini adalah jauh lebih rendah berbanding laptop – laptop lain yang mempunyai spesifikasi sama dan dijual pada harga melebihi RM3,000.

Tambahan pula, jika anda membeli semasa promosi, anda mungkin boleh mendapatkan laptop ini pada harga serendah RM2,249.00.

BELI LAPTOP HONOR MAGICBOOK 15 AMD : LAZADA | SHOPEE

Kesimpulan

Sesungguhnya, komputer riba jenama Honor ini adalah bagi saya amat berpatutan harganya.

Walaupun saya amat tidak suka akan kedudukan kameranya, namun masalah itu boleh diselesaikan dengan mudah dengan membeli kamera web baharu (harga dari RM64), atau meletakkan komputer itu sedikit jauh semasa saya melaksanakan mesyuarat atas talian.

Honor juga mempunyai banyak rakan servis di seluruh Malaysia dan ini memudahkan urusan berkaitan baik pulih dan waranti, sekaligus menjadikan komputer ini sebagai antara komputer riba terbaik, pada harga berpatutan, pada masa ini.

Tentang PendidikanMalaysia.my

PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.

Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini.

Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber untuk guru, pelajar dan ibu bapa di Malaysia yang dibangunkan untuk memudahkan perkongsian bahan dan juga maklumat berkaitan sistem pendidikan Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
Laptop HONOR MagicBook 15 2021 adalah sebuah laptop serba lengkap yang amat sesuai untuk guru dan juga pelajar dalam menjalankan PdPR dan juga kerja pejabat.Ulasan: Laptop HONOR MagicBook 15 AMD 2021