25.5 C
Kuala Lumpur
Jumaat, Ogos 5, 2022

FB

Ulasan: Pencetak Canon Pixma G3060

Pencetak model Canon Pixma G3060 adalah salah satu daripada pencetak jenis jimat dakwat yang kian popular kini yang dihasilkan Canon.

Ianya dilihat sesuai untuk pengguna yang melakukan banyak cetakan untuk kerja mereka tetapi pada masa sama tidak mahu membazir dakwat, terutama sekali dakwat berwarna.

Binaan & rekabentuk

Dari segi reka bentuk, Pixma G3060 direka agar ianya mudah dipindahkan dan digunakan.

Warna – warna untuk dakwatnya terletak secara berasingan, namun ianya masih di dalam badan pencetak itu sendiri.

Ini sekaligus memudahkan ianya di angkat dan dibawa ke mana – mana, dan dilihat mampu menjimatkan dakwat.

Di bahagian bawah pencetak itu telah direka dua sudut khas bagi memudahkannya diangkat dan bentuknya yang agak berkotak itu memudahkan ianya disimpan.

Tempat memasukkan kertas juga diletakkan dalam posisi menegak di bahagian belakang pencetak, sekaligus membolehkan kertas mudah masuk ke dalam pencetak.

Binaan pencetak Pizma G360 ini menggunakan plastik keras yang dilihat agak berkualiti.

Sungguhpun demikian, pencetak ini hanya hadir dalam satu warna (Biru tua) dan ini mungkin menyebabkannya kelihatan kurang nenarik.

Ulasan penggunaan

Dari segi penggunaannya, saya mendapati pencetak ini sangat mampu menjimatkan dakwat.

Biarpun sudah mencetak ratusan dokumen sejak dimiliki, dakwatnya masih banyak dan jelas. Malahan, penggantian dakwat hanya perlu dilakukan apabila warna dakwat tertentu sahaja habis.

Ini berbeza dengan pencetak lain yang dakwat warnanya terletak dalam satu katrij yang sama.

Dari segi pemasangan, ianya mudah dipasang dan penyatuaannya (sync) bagi membolehkan ianya digunakan secara wireless, juga tidak begitu sukar.

Penggunaan butang – butang serta skrin monochrome sebagai panduan banyak membantu dalam kerja pemasangan dan penyatuaan.

Saya juga mendapati pengisian dakwatnya adalah mudah dan tidak merumitkan.

Keupayaan membuat salinan (photocopy) serta keupayaan pengimbasan (scanning) pencetak ini juga adalah agak perlahan dan memerlukan sedikit kesabaran.

Walaubagaimanapun, imej yang dihasilkan adalah jelas jika pengimbasan dan salinan dilakukan dengan baik.

Terdapat tiga kekurangan pada pencetak ini pada pengamatan saya.

Yang pertama adalah kecepatan cetakannya. Kadar kelajuan sewaktu mencetak bagi saya agak perlahan.  Ini adalah sama apabila anda melakukan salinan dan cetakan melalui pengimbasan.

Masalah pencetak G3060 yang kedua pula hadir dari segi keupayaan dan kebolehannya mencetak dua muka surat pada satu helai kertas.

Biarpun pencetak ini boleh mencetak dua muka surat pada helaian sama, ianya tidak dapat melaksanakannya secara automatik.  Saya perlu mengeluarkan kertas yang telah dicetak pada muka pertama, dan memasukkannya secara manual ke dalam ruangan pembekalan kertas untuk mencetak pada kedua – dua helaian kertas.

Masalah ketiga adalah dari segi saiz pencetak ini.

Pencetak Canon G3060 ini agak besar dan oleh itu memakan ruang apabila disimpan.

Untuk makluman, pencetak ini hadir dengan waranti setempat selama dua tahun.

Harga dan tempat beli

Disebabkan fungsinya wirelessnya, serta keupayaannya mencetak sehingga 7,700 kertas berwarna dan 7,600 kertas hitam putih dalam satu satu masa, pencetak ini berharga RM839.

Ini membuatkan ianya hadir sebagai pencetak paling mahal dalam kategori pencetak jenama Canon Pixma yang mampu mencetak jumlah kertas yang sama.

Sungguhpun demikian, anda boleh mendapatkan pencetak Canon Pixma G3060 ini pada harga lebih murah di Shopee atau Lazada.

SEMAK HARGA CANON PIXMA G3060 : SHOPEE | LAZADA

Harga untuk dakwatnya agak berpatutan, dengan dakwat berisipadu 135ml jenis berwarna berharga sekitar RM32, dan dakwat hitam berwarna RM39.90 untuk sebotol.

Sebotol dakwat boleh digunakan untuk mencetak sehingga 6,000 dokumen hitam, dan 6,700 dokumen berwarna, dan seperti biasa, ianya juga boleh diperolehi dengan harga lebih murah dalam talian.

SEMAK HARGA DAKWAT : SHOPEE | LAZADA

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, pencetak Canon Pixma G3060 ini adalah satu pembelian berbaloi.

Biarpun cetakan dan pengimbasannya mengambil masa, namun keuntungan berjaya menjimatkan dakwat, serta menggunakan hubungan wireless bagi mencetak membuatkannya berbaloi untuk dimiliki.

Waranti dua tahun yang diberikan juga memberikan keyakinan terhadap pencetak ini serta jenama Canon, sekaligus menjadikannya satu pencetak yang boleh dibeli untuk penggunaan melebihi jangkawaktu tersebut.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber untuk guru, pelajar dan ibu bapa di Malaysia yang dibangunkan untuk memudahkan perkongsian bahan dan juga maklumat berkaitan sistem pendidikan Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
Pencetak Canon Pixma G3060 merupakan satu pencetak jenis baharu yang mampu menjimatkan dakwat jika anda mempunyai cetakan yang banyak.Ulasan: Pencetak Canon Pixma G3060