27.6 C
Kuala Lumpur
Khamis, Januari 23, 2025

FB

Sekolah akan jadi lokasi PPV bagi PICKids

- Advertisement -

Putrajaya: Jabatan Kesihatan Negeri sudah mengenal pasti 1,055 sekolah yang akan menjadi lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (CITF-C), Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, semua sekolah yang dipilih itu akan menjadi tempat pemberian vaksin kepada murid di sekolah berkenaan serta murid sekolah berdekatan.

Katanya, pengoperasian PPV itu selewat-lewatnya Isnin ini dan jumlah sekolah dijangka akan ditambah dari semasa ke semasa.

“Senarai nama kanak-kanak yang layak divaksin akan disediakan oleh pihak sekolah. Pemberian vaksin dilaksanakan oleh pasukan kesihatan sekolah atau pengamal perubatan swasta.

“Ibu bapa atau penjaga yang mempunyai aplikasi MySejahtera perlu mendaftar kanak-kanak sebagai tanggungan dalam MySejahtera bagi mendapatkan janji temu vaksin dan sijil digital vaksinasi.

“Bagi ibu bapa atau penjaga yang tidak mempunyai aplikasi MySejahtera tidak perlu bimbang kerana tarikh dan lokasi janji temu akan dimaklumkan melalui pihak pengurusan sekolah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA BERITA PENUH DI HARIAN METRO

Tentang PendidikanMalaysia.my

PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.

Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini.

Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!