23.7 C
Kuala Lumpur
Jumaat, Januari 17, 2025

FB

Garis panduan pakaian sekolah Malaysia yang baharu diumumkan

- Advertisement -

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini telah mengumumkan garis panduan baharu pakaian sekolah di Malaysia.

Garis panduan baharu pakaian sekolah itu menyatakan bahawa murid di institusi di bawah kementeriannya akan mengenakan dua hari pakai pakaian seragam, dua hari pakaian sukan dan satu hari pakaian ko-kurikulum.

Perkara tersebut telah dimaklumkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam ucapannya pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 KPM hari ini tadi.

Menurut Fadhlina, surat pekeliling dan makluman lanjut mengenai arahan pemakaian itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Sebelum ini, KPM telah memberi kelonggaran pemakaian kepada murid pada Oktober 2021 ekoran Covid-19 dan cuaca panas melampau yang melanda negara.

Kelonggaran tersebut diteruskan sehingga kini dengan pelbagai pihak memberi input berkenaan keberkesanan pemakaian lebih selesa yang diperkenalkan.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

1 COMMENT

Comments are closed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!