23.8 C
Kuala Lumpur
Rabu, Februari 19, 2025

FB

Ulasan: Telefon pintar Honor X7

- Advertisement -

Telefon pintar X7 merupakan telefon pintar mampu milik yang terkini dikeluarkan oleh jenama Honor.

Biarpun ianya merupakan telefon pintar mampu milik, tetapi ianya kelihatan agak premium dan boleh dikatakan berfungsi seperti telefon premium.

Dibawah ini adalah spesifikasi Honor X7

  • Saiz skrin: 6.7-inci IPS Honor Full View Display
  • Processor: Qualcomm SM6225 Snapdragon 680 4G
  • RAM: 4GB
  • Storage: 128GB
  • OS: Magic UI berasaskan Android 11
  • Berat : 198g
  • Saiz: 167.6 x 77.2 x 8.6 mm
  • Kamera depan: 8MP
  • Kamera belakang: 48MP + 5MP + 2MP + 2MP
  • Batteri: 5,000mAh dengan FastCharge 22.5W
  • Ciri-ciri tambahan: Fingerprint scanner, FaceLock

Kelebihan telefon pintar Honor X7

Biarpun dilabel sebgai telefon pintar mampu milik, X7 bukanlah telefon yang boleh dipandang rendah.

Ini adalah kerana telefon ini mempunyai beberapa kelebihan yang menjadikannya sebuah telefon pintar yang bukan sahaja murah, tetapi serba boleh.

Antara kelebihan – kelebihan yang X7 adalah seperti dibawah.

  • Google Apps – Mempunyai Google Apps sebenarnya bukan kelebihan besar kepada kebanyakan telefon Android, namun kehadiranya sememangnya amat baik kerana ianya memudahkan banyak perkara khususnya bagi mereka yang bergantung kepada aplikasi apliklasi Google seperti saya.
  • Warna istimewa – Biarpun telefon X7 yang saya perolehi ini berwarna perak (titanium silver), namun dibahwa pencayahaan berlainan, warna telefon pintar ini akan berubah. Oleh itu, anda tidak akan bosan dengan warna telefon ini kerana ianya sering berubah mengikut cahaya yang diterimanya.
  • Selesa dalam genggaman – Telefon ini sangat selesa dalam genggaman kerana bucu – bucunya direka khas dalam sudut yang sesuai untuk digenggam.
  • Bateri tahan lama – Bateri 5,000mAh yang dimiliki telefon ini mampu bertahan sehingga 21 jam ketika bermain video.  Jika anda meletakkan telefon ini dalam keadaan siap sedia (stand-by), ianya boleh bertahan melebihi sehari.
  • Mampu untuk gaming – Walaupun telefon ini merupakan telefon mampu milik, pemproses Snapdragon 680 telah direka khas untuk permainan (gaming), dan ini dibuktikan dengan kebolehan telefon ini ketika saya bermain FIFA Mobile dan Call of Duty (COD).

  • Skrin besar – Skrin 6.7-inci  digunakan sepenuhnya dengan kadar nisbah badan kepada skrin 90.07%.  Ini bermakna jumlah skrin untuk interaksi dan juga paparan adalah sangat hampir meliputi keseluruhan skrin.
  • Pembesar suara yang jelas – Kuasa pembesar suara Honor ini sangat baik. Ianya sangat jelas dan sesuai bagi mereka yang suka menggunakan pembesar suara (speaker) apabila bercakap.

Masalah telefon pintar Honor X7

Sebagai telefon pintar mampu milik, HONOR X7 sudah pasti mempunyai kekurangan.

Selepas pengujian selama lebih dua minggu, perkara – perkara berikut saya rasakan adalah masalah dan kekurangan telefon jenama Honor ini.

  • Kualiti kamera – Satu kekurangan paling besar yang dimiliki telefon pintar mampu milik pada kebiasaannya adalah kebolehan telefon pintarnya. Ini sama dengan Honor X7 yang mempunyai kamera yang biasa sahaja. Gambar yang terhasil adalah berkualiti biasa dan akan kelihatan kurang menarik apabila ianya dicetak.
  • Ruang storan – Ruang storan 128GB adalah mencukupi tetapi dengan aplikasi telefon pintar kini memerlukan ruang storan yang lebih besar, said 128GB adalah dilihat tidak mencukupi.
  • Badan plastik – Biarpun saya mengakui bahawa badan X7 ini menarik secara amnya, namun ianya masih boleh & patah jika diberi tekanan yang terlampau kuat. Ini adalah kerana bingkainya adalah plastik. Sungguhpun demikian, jika ianya terjatuh, anda tidak perlu risau akan bingkainya pecah kerana ianya memerlukan daya yang cukup kuat sebelum bingkainya mampu pecah atau rosak.
  • Bukan telefon 5G – Dengan Malaysia kini bergerak ke sistem telekomunikasi 5G, ianya agak mengecewakan telefon baharu seperti X7 tidak hadir dgn kemudahan ini.

Harga dan tempat membeli

Telefon HONOR X7 ini dijual pada harga RM699.

Ianya hadir dalam tiga warna berbeza; hitam, perak & biru.

Jika anda mahu mendapatkan telefon ini dgn harga promosi, ianya boleh diperolehi melalui laman – laman berikut:

Jika anda mahu membeli aksesori seperti casing untuk telefon Honor ini, anda boleh ke pautan – pautan di bawah.

Kesimpulan

Secara amnya, telefon pintar HONOR X7 merupakan sebuah telefon yang serba lengkap biarpun ianya mempunyai kekurangan sendiri.

Sungguhpun demikian, dgn hanya berharga RM699, saya merasakan ianya sebuah telefon yg berbaloi untuk dimiliki.

Tentang PendidikanMalaysia.my

PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.

Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini.

Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
Honor X7 adalah sebuah telefon pintar mampu milik yang serba lengkap dan tidak terlalu mahal.Ulasan: Telefon pintar Honor X7
error: Content is protected !!