Baru – baru ini saya telah mendapat satu lagi gajet untuk diuji, yakni telefon pintar Samsung A12. Variasi yang saya uji adalah yang mempunyai storan 6GB RAM dan 128GB storan ingatan.
Telefon pintar ini bukanlah yang terkini dan tercanggih, namun ianya ada disertakan bersama pelan – pelan pasca-bayar beberapa syarikat komunikasidi Malaysia, sekaligus membuatnya agak menarik untuk dimiliki.
Sebelum saya menerangkan kelebihan dan kelemahan (masalah) telefon pintar jenama Samsung ini, dibawah adalah spesifikasi bagi A12.
- Saiz skrin: 6.5-inci IPS
- Processor: Mediatek MT6765 Helio P35
- RAM: 6GB
- Storage: 128GB
- OS: Android 10
- Berat : 205g
- Saiz: 164 x 75.8 x 8.9 mm
- Kamera depan: 8MP
- Kamera belakang: 48MP + 5MP + 2MP + 2MP
- Batteri: 5,000mAh dengan FastCharge 15W
- Ciri-ciri tambahan: Fingerprint scanner, FaceLock
Kelebihan telefon pintar Samsung A12
Seperti yang saya terangkan di atas, Samsung A12 ini bukanlah model telefon pintar terbaharu dari Samsung, namun mungkin ramai yang akan masih mempertimbangkannya kerana ianya memberikan anda satu telefon pintar yang sesuai untuk berkomunikasi, mempunyai ketahanan bateri yang baik, dan mempunyai ruang storan dan RAM yang besar.
Kelebihan – kelebihan lain saya terangkan dibawah.
Binaan: Saya agak suka akan binaan telefon pintar ini. Walaupun ianya ringkas, tetapi ianya tidak nampak terlalu murah. Bahagian belakangnya diperbuat daripada plastik jenis ‘matte’, sekaligus mengelakkan kesan jari.
Saiz skrin: Skrin6.5-inci boleh dianggap besar dan bagi saya skrin seperti ini amat memadai untuk melihat informasi pada telefon pintar ini dengan jelas.
Saiz storan: Di sini kelebihan A12 ini nyata. Dengan storan 128GB, ianya adalah cukup bagus untuk menyimpan dokumen dan gambar yang banyak. Ianya juga akan mengelakkan dari kita menghadapi masalah sering tidak cukup storan. Kalau storan tidak mencukupi, anda boleh menambah lagi storan telefon tersebut dengan kad microSDXC.
Saiz RAM: Saiz RAM adalah 6GB dan ini adalah lebih banyak dari biasa. Biasanya, telefon pintar pada harga ini hanya memberikan RAM sebanyak 4GB sahaja.
Kamera: Sebagai sebuah telefon pintar yang agak asas, pemberian empat jenis kamera dilihat ‘agak mewah’ terutama sekali apabila kamera utamanya adalah berlensa 48MP. Kehadiran kamera jenis ‘ultra-wide’ pada telefon aras rendah seperti ini juga agak jarang berlaku.
Jenis ‘SIM tray’: Pasti ramai tidak menyangka ‘SIM tray’ turut akan diletakkan sebagai satu kelebihan kepada telefon ini, tetapi saya amat sukakan jenis ‘SIM tray’ yang dibekalkan kerana ianya boleh memuatkan dua kad SIM dan juga stoeran tambahan. (Gambar dibawah)
Ketahanan bateri: 5,000mAh adalah bateri yang besar bagi sebuah telefon yang dikuasakan oleh pemproses MediaTek. Malah, pengujian saya terhadap ketahanan bateri telefon ini menunjukkan ianya boleh bertahan sehingga 16 jam dengan penggunaan biasa.
Pelbagai cara ‘unlock’: Walaupun Samsung A12 ini boleh dikatakan telefon yang agak asas, namun keupayaan biometriknya agak banyak. Anda bukan sahaja boleh ‘unlock’ telefon ini dengan menggunakan PIN, tetapi juga boleh menggunakan cap jari dan juga kaedah pengamatan muka (facial recognition). Pengimbas cap jari bagi telefon ini terletak pada butang kuasa (power button) telefon ini.
Masalah telefon pintar Samsung A12
Jika anda menggunakan telefon pintar yang berkebolehan tinggi, yang berharga lebih dari RM1,000, sememangnya telefon ini mempunyai banyak kelemahan dan dilihat kurang sesuai untuk tujuan ‘gaming‘.
Dalam pada itu, di sini saya cuma menyenaraikan kelemahan dan masalah telefon ini yang saya rasakan kini seharusnya menjadi perkara ‘standard’ pada sesebuah telefon.
Di bawah adalah kelemahan telefon pintar A12 ini.
Processor: Cip pemproses Mediatek MT6765 Helio P35 yang menguasakan telefon pintar ini sememangnya terasa agak lembab dan kurang sesuai untuk tugas – tugas berat seperti bermain ‘game’.
Kepantasan mengambil gambar: Walaupun dibekalkan dengan kamera 48MP, kamera utama telefon pintar ini agak lembab ketika mengambil gambar kerana keupayaan shutter speednya pada f2.0. Ini bermaksud, apabila saya mengambil gambar, anda perlu menunggu sesaat dua bagi memastikan gambar anda benar – benar tajam/stabil.
Kelajuan mengecas: Biarpun bateri telefon ini mampu bertahan lama, namun tempoh mengecas telefon pintar ini adalah agak lambat. Apabila telefon ini kehabisan bateri, ianya memerlukan lebih sejam untuk dicas penuh.
Bunyi pembesar suara: Berbanding jenama – jenama lain, pembesar suara Samsung A12 ini agak ‘kecil’ hasil bunyinya.
Selain daripada masalah diatas, saya juga perasan bahawa ada kalanya telefon pintar ini lambat memberi respons dan ‘lag’. Ianya akan memakan beberapa saat untuk kembali seperti normal jika situasi ini berlaku.
Harga dan tempat pembelian
Jika anda membeli telefon pintar ini dari kedai atau secara online, ianya berharga dalam RM649. Ianya datang dalam dua warna yakni hitam dan biru.
Daripada pengamatan saya, syarikat – syarikat telekomunikasi di Malaysia juga ada menawarkan telefon ini dengan harga lebih rendah dengan syarat anda sanggup terikat dengan kontrak.
Digi menawarkan telefon ini pada harga RM309 sahaja dengan kontrak setahun, manakala Maxis menawarkannya dengan harga RM299 dengan kontrak dua tahun.
BELI TELEFON PINTAR SAMSUNG A12Â : LAZADAÂ |Â SHOPEE
Kesimpulan
Jadi berbaloi ke beli telefon pintar Samsung A12 ni?
Kalau anda dari segi spesifikasi dan harga, sememangnya agak sukar anda memperolehi telefon pintar dengan 6GB RAM dengan kamera wide-angle 48MP pada harga sekitar RM500 – 800.
Sungguhpun demikian, jika anda mahukan alternatif, Redmi Note 9 (dalam lingkungan harga RM799) dan Poco M3 (RM699) boleh dijadikan pilihan.
Pada saya, sebagai sebuah telefon pintar asas untuk berkomunikasi, dengan ketahanan bateri yang panjang, Samsung A12 ini memadai.
Namun jika anda mahukan gambar lebih cantik dan mahu bermain ‘game’ di telefon pintar anda, mungkin model lain lebih sesuai.
Tentang PendidikanMalaysia.my
PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.
Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini.
Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.